Dari hanya syarikat penerbangan dan meluaskan rangkaian perniagaannya dengan pembukaan restoran serta pelbagai perkhidmatan, AirAsia mahu mengembangkan lagi sayapnya dengan menaja streamer maya melalui program Project Kavvaii.

Difahamkan, AirAsia mencari personaliti VTuber yang berbakat, kreatif dan mempunyai personaliti menarik untuk berhubung dengan peminat di seluruh Asean dan global.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

0E3F48EA-3BEB-4475-9AD8-45CF208A4F46

Menariknya, personaliti maya yang berpotensi juga akan menerima peralatan lengkap untuk bermula sebagai penstrim dan kontrak satu tahun dengan AirAsia sebagai pencipta kandungan berbayar.

Bagaimana mahu menghantar penyertaan? Anda hanya perlu menghantar video selama 5 minit untuk memperkenalkan diri anda. Untuk terma dan syarat lengkap dan menghantar penyertaan, anda boleh klik di sini.

Buat anda yang berminat menjadi seorang VTuber ini, tarikh pendaftaran sudah bermula hari ini dan akan tamat pada 28 Mac 2021. Klik pautan ini untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan AirAsia pada pautan di bawah ini.

Yakin Dengan Prestasi Semasa, Pemegang Saham Penting AirAsia Sedia Tambah Pelaburan

AirAsia Lancar ‘Fresh Pack’ Untuk Anda Beli Barangan Runcit Dengan Mudah Dan Cepat

Rindu Untuk Bercuti? AirAsia Perkenal Pas Asean Unlimited, Kini Anda Boleh Terbang Tanpa Had