Status seorang wanita Islam yang telah mengahwini seorang lelaki dari India yang beragama Sigh telah mencetuskan kekecohan di Malaysia. Ia menimbulkan pelbagai soalan mengenai status keagamaannya sehingga ada yang mendakwa bahawa dia murtad.

Illi Najwa Anuar Hussin Saddique, 28 tahun melangsungkan perkahwinan dengan kapten pasukan hoki India, Manpreet Singh telah tampil memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul, lapor Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkahwinan dia bersama dengan suami yang memaparkan majlis resepsi perkahwinan dengan gaya Punjabi telah tular di media sosial sehingga mencetuskan tanda tanya kepada status keagamaanya.

Menyangkal dakwaan masyarakat, Illi Najwa mengesahkan bahawa dia tidak mengubah status agamanya dan suaminya sudah memeluk agama Islam pada akhir tahun 2019.

Selain daripada itu, dia juga turut mengesahkan bahawa namanya masih kekal dan keluarga suami memanggilnya Navpreet sejak 2012 lagi kerana sukar untuk mereka menyebut namanya yang sebenar.

“Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik,” katanya.

Tribune India turut melaporkan bahawa pasangan itu telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka awal tahun ini, tetapi sekatan perjalanan kerana wabak telah memaksa mereka menangguhkan rancangan mereka.

Untuk rekod, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata bahawa kedua pasangan akan dipanggil sebaik  mereka kembali ke Malaysia.

Terdahulu, lelaki ini tampil menceritakan pengalaman 3 hari di kota Manila yang dimurtadkan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pengalaman 3 Hari Aku Di Kota Manila Yang Dimurtadkan Dan Fortune Island Yang Unik