Masa pergi balik ke Pasar Seni siang tadi, saya menaiki komuter. Saya bekalkan diri dengan 3 naskah buku Terkenal di Langit.

Kononnya jika saya ternampak sesiapa yang pegang buku, atau sedang membaca buku, atau hanya bawa buku akan saya hadiahkan naskah tersebut kepada mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masa pergi, saya jumpa seorang uncle berbangsa Cina. Beliau sedang baca buku kecil bertulis bahasa mereka barangkali. Saya serahkan naskah saya, dan dia ucap terima kasih kepada saya.

Katanya, “please give more to other people, the more people read, more their can think. Nowadays, people only using their knowledge at university, not using their mind at all”.

Saya angguk sahaja. Di Pasar Seni cabaran kopi barista berjalan dengan sangat baik. Saya berjaya menjual 45 cawan kopi dalam masa satu jam. Huhu berpeluh dibuatnya. Alhamdulillah.

Baca: Ganjaran Sangat Berharga Selepas Saya Membeli Kerepek Bernilai RM5

buku-terkenal-di-langit-2

Masa balik, saya berharap akan dapat beri lagi naskah baki ini kepada peminat buku. Dari Pasar Seni naik LRT ke KL Sentral, kemudian baru naik komuter.

Tren penuh Ya Tuhan. Berbilang bangsa.

Saya berdiri sahaja memerhati siapalah yang akan saya beri lagi buku ini. Huhu tak ada. Sampailah ke stesen Serdang, ada seorang uncle Cina yang sudah bertongkat memasuki tren. Di sebelah tangannya ada buku.

Seorang jejaka memberikan uncle tersebut tempat duduk. Saya pun beralih tempat berdiri untuk serahkan buku ini bila masa sesuai. Sudah semua selesa, saya pun tunduk dan beri hadiah buku saya kepada uncle tersebut.

Dia pun belek-belek. “Berapa ni? Saya beli,” saya pun jawab saya tak jual. Saya mahu beri hadiah.

Sampai di stesen Kajang, dia mahu keluar dan lambai saya supaya ikut dia. Saya pun menurut.

“Adik, saya suka buku,”

Saya angguk.

“Ini 1st time saya dapat buku dari orang Melayu. You must be a great man one day!” Haha saya hanya ketawa dan tanya, “why uncle?

You know, I just naik tren and read book when I alone. Dalam tren ramai orang, I suka. But you must know one thing, masa dengan family, write book. Masa dengan public, read book.

You get what iImean?” Tanya beliau. Saya geleng.

“Dengan family, you must write you own journey. Like write book la! Happy, sad, enjoy, getting married, love! But when your working, travel, with friends, with other people you must read them! Learn how to be a good man. Learn how to improve skills, learn how to be a better person!”

Gulp. Hebatnya uncle ini. 2 kali doa saya makbul nak beri buku, dua-duanya Tuhan hantar mereka yang berlainan bangsa dan agama.

Kawan-kawan, kadang-kadang apa yang kita doa tak sama dengan apa yang kita dapat. Hari ini saya dapat belajar buat kopi, juga dapat kena hon dengan bas kerana melintas tak tengok kiri kanan.

Balik pula dapat jumpa uncle ini. Saya tak tahu dia siapa, saya yakin dia pasti ‘somebody‘. Tren baru sampai, saya pun terus menuju ke stesen UKM.

Kawan-kawan,

Banyak perkara kita boleh belajar. Kita beri hadiah, Tuhan pula beri kita ilmu.

Alhamdulillah.

Ps: Rasa macam terima wasiat pula masa tu. Langsung tak terfikir nak ambil gambar dengan uncle.

Baca lagi: Risau Sup Tak Cukup Ajar Saya Erti Keberkatan