Kebanyakan daripada ilmuan atau ahli saintis telah meramalkan bahawa alam semesta akan berakhir dengan heat death. Bagi mereka, apabila ini berlaku, alam semesta akan menjadi sangat gelap dan sepi kerana bintang-bintang bakal mati.

Namun, dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Notis Bulanan Persatuan Astronomi Diraja oleh saintis Mat Caplan, dia meramalkan bahawa kerdil hitam akan meletup menjadi supernova sebelum alam semesta mengakhiri hayatnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Letupan lain masih akan mungkin terjadi,” jelas ahli astrofizik dari Illinois State University dalam satu temubual bersama Motherboard. “Tetapi saya percaya ini akan menjadi letupan supernova terakhir.”

Letupan supernova seperti ini tidak pernah terjadi dalam sejarah pembinaan alam semesta, hujah mereka adalah kerana alam semesta kita masih muda dan kini berusia 13.8 bilion tahun.

Secara teorinya, kerdil hitam hanya akan terjadi setelah kerdil putih, yang telah menggantikan kedudukan Matahari, tidak lagi memancarkan haba dan tenaga. Matahari diramalkan akan mencapai akhir hayatnya sekitar enam bilion tahun dari sekarang, sementara kerdil putih memerlukan waktu yang sangat lama untuk menyejukkan dan membeku menjadi kerdil hitam.

“Saya dengan berhati-hati mengira bila alam semesta akan berakhir dan bagaimana letupan supernova pada masa itu berbanding dengan apa yang berlaku sekarang,” kata Caplan yang bakal menjadi saintis pertama yang mengira bila letupan itu akan berlaku.

Walaupun ianya sudah menjadi bangkai, kerdil hitam masih dapat melakukan peleburan nuklear pada lapisannya dengan kelajuan yang sangat perlahan. Dari kejadian tersebut, besi secara beransur-ansur akan terbentuk di dalam objek sehingga ia berkembang menjadi logam sejuk.

Walau bagaimanapun, bintang yang lebih besar daripada Matahari dapat beralih dari kerdil putih ke kerdil hitam ke supernova kerdil hitam. Setelah kerdil hitam pecah hingga kira-kira 1.2 hingga 1.4 kali jisim Matahari, tekanan tolakan yang dihasilkan oleh elektron di bawah daya graviti akan menyebabkan keseluruhan objek runtuh, menghancurkan inti dan mengakibatkan letupan terakhir di alam semesta.

Masalahnya, nasib akhir alam semesta masih menjadi misteri. Tidak semestinya kematian disebabkan heat death akan berlaku. Mungkin alam semesta akan berakhir dalam senario lain, seperti yang diusulkan oleh para saintis.

Caplan menyedari bahawa mustahil untuk memerhatikan letupan kerdil hitam, jadi dia berharap dapat terus meneroka masa depan kerdil hitam melalui model dan teori.

“Kita dapat mensimulasikan [supernova kerdil hitam] hanya untuk melihat betapa bezanya dengan supernova yang berlaku hari ini,” lanjut Caplan.

“Itulah sebabnya kami menjadi ahli fizik teori,” dia menyimpulkan. “Kita boleh berusaha menyelesaikan misteri di sekitar alam semesta, seperti Big Bang, lubang hitam dan akhir zaman.”

Lihat 20 gambar yang memperlihatkan kehebatan alam semesta yang sungguh menakjubkan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

20 Gambar Memperlihatkan Kehebatan Alam Semesta Yang Sungguh Menakjubkan

Baru Tiga Hari Jalani Latihan Industri Di NASA, Pelajar Ini Berjaya Temui Rahsia Baharu Alam Semesta

Pengalaman Mengembara Ke Galaksi Bima Sakti Di Kaki Langit Kuala Kubu Bharu

Sumber