Ketika manusia sibuk meneliti angkasa lepas untuk mencari bukti jejak makhluk asing di planet-planet di luar galaksi Bima Sakti, ternyata sebenarnya mereka juga sedang memerhati Bumi, lapor penyelidikan terbaharu.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature, mengatakan satu pasukan ahli astronomi telah mengenal pasti 1,715 sistem bintang terdekat dengan Bumi. Dari ribuan sistem bintang, 46 daripadanya dikatakan mempunyai kedudukan yang  baik untuk menangkap isyarat radio atau televisyen dari Bumi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambah para saintis, mereka menganggarkan bahawa 29 planet yang berpotensi dapat dihuni berada pada posisi yang cukup baik untuk menerima dan memintas siaran radio dan televisyen Bumi. Namun, persoalan adakah ia boleh mencetuskan hubungan dengan manusia atau tidak masih diperdebatkan oleh para penyelidik.

maxresdefault (1)
the g abides

Bagi mengetahui sistem bintang mana yang paling sesuai untuk memerhatikan Bumi, Kaltenegger dan Dr. Jackie Faherty, ahli astrofizik di Muzium Sejarah Alam Amerika, membuka katalog kedudukan dan gerakan bintang Agensi Angkasa Eropah (ESA) yang disebut Gaia.

Disini, mereka mengenal pasti 2,034 sistem bintang dalam 326 tahun cahaya mempunyai kedudukan yang baik memerhati Bumi pada bila-bila masa dari 5,000 tahun yang lalu hingga 5,000 tahun di masa depan.

Satu sistem suria yang cukup dekat untuk menerima isyarat Bumi adalah Ross 128, yang terletak di buruj Virgo dan mempunyai jarak 11 tahun cahaya dari Bumi. Kehidupan asing dalam sistem ini dapat memerhatikan Bumi selama lebih dari 2,000 tahun, namun sudah hilang titik pandangnya kira-kira 900 tahun yang lalu.

Sabah1
Grey Chow Photography

Selain itu, terdapat juga Trappist-1 yang berjarak 45 tahun cahaya dari Bumi. Sistem suria ini menempatkan sekitar tujuh planet, dengan empat daripadanya berada di zon sederhana dan boleh dihuni. Bagaimanapun, dalam 1,642 tahun akan datang, Trappist-1 tidak akan berada dalam kedudukan yang tepat untuk memerhatikan Bumi.

Penyelidikan ini menunjukkan bahawa masih banyak misteri angkasa lepas yang dapat ditemui oleh ahli astronomi bagi membantu para penyelidik mencari tanda-tanda kehidupan di eksoplanet.

Misteri 20 tahun akhirnya terungkap, ilmuwan berjaya temukan asal usul ‘penghuni’ di Planet Marikh. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Misteri 20 Tahun Akhirnya Terungkap, Ilmuwan Berjaya Temukan Asal Usul ‘Penghuni’ Di Planet Marikh

Ilmuwan Indonesia Dakwa Piramid Tertua Dunia Ada Di Jawa Barat, Wujud 10,000 Tahun Yang Lalu

Ilmuwan Dakwa Jumpa Rumah Jesus, Terletak Di Israel Dan Wujud Sejak Abad Pertama