Indonesia adalah negara yang penuh dengan budaya dan sejarah yang panjang. Kalau di Jogjakarta, anda dapat melihat bagaimana tersergam indah Candi Borobudur yang dibina sekitar tahun 750 Masihi oleh pemerintah Jawa pada Dinasti Sailendra dan Sanjaya. Manakala tidak jauh daripada Borobudur, ada Kuil Prambanan yang dikhaskan untuk agama Hindu dan dibina sekitar tahun 850 Masihi.

Melalui penelitian para ilmuwan dan saintis Indonesia. Mereka mendakwa bahawa piramid tertua di dunia sebenarnya wujud di Indonesia. Lebih tepat lagi di Gunung Padang, Cianjur, Jawa Barat. Di atas puncak Gunung Padang, terdapat peninggalan sisa-sisa batu prasejarah kuno dari era megalitik yang membentuk keajaiban arkeologi terbesar di Asia Tenggara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screenshot 2021-06-02 at 1.25.44 PM
Science Alert

Para penyelidik Indonesia, dalam kajian mereka yang dibentangkan di AGU 2018 Fall Meeting di Washington DC, Amerika Syarikat mendakwa bahawa Gunung Padang adalah tapak dengan struktur seperti piramid tertua di dunia. Melalui penyelidikan mereka, Gunung Padang terbina daripada struktur berlapis kuno yang berusia sekitar 10,000 tahun atau lebih tua daripada itu.

Difahamkan untuk mengkaji lebih dalam struktur yang dikatakan bukan hanya meliputi bahagian atas tetapi juga bahagian lereng seluah 15 hektar. Para penyelidik menggunakan gabungan teknologi seperti tomografi sinar-x, tinjauan radar dan penggalian arkeologi. Hasil daripada penemuan ini, pasukan penyelidik menemukan bahawa Gunung Padang terbina dengan lapisan yang dibangunkan semasa zaman prasejarah.

f8383f730484136851f7a4104113847a0f8df6de
The Sydney Morning Herald -ALEX ELLINGHAUSEN
f84eb345e1a395236311d5f47c1e0472f77b83d5
The Sydney Morning Herald -ALEX ELLINGHAUSEN

Lapisan paling atas dikatakan mempunyai tiang batu, dinding, laluan pejalan kaki dan ruang besar. Lapisan kedua pula adalah susunan batu yang disusun dalam bentuk matriks. Bagi lapisan ketiga adalah rongga atau ruang bawah tanah yang memanjang sejauh 15 meter. Bagi lapisan keempat iaitu lapisan paling bawah, para penyelidik mendakwa bahawa ia dibuat daripada batu lava yang pembinaannya masih menjadi misteri.

Bagi fungsi pembinaan piramid kuno di Gunung Padang ini, penyelidik Indonesia yang diketuai oleh ahli geofizik Danny Hilman Natawidjaja, dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) berkata bahawa ia dibina untuk digunakan bagi tujuan ritual keagamaan. “Bangunan ini sangat besar. Orang menganggap prasejarah itu primitif, tetapi monumen ini membuktikan bahawa idea itu salah,” kata Natawidjaja.

d65248c64113da2dc888738bd4210e77c887c25e
The Sydney Morning Herald – ALEX ELLINGHAUSEN
58221d930c9dbb609f5dd03c8d15d28c6935b404
The Sydney Morning Herald -ALEX ELLINGHAUSEN

Bagaimanapun, dakwaan Natawidjaja sebenarnya diragui oleh beberapa pihak kerana banyak penyelidik bertentangan dengan teknik atau kaedah yang digunakan olehnya. Tetapi dari sudut yang lain, penyelidikan ini dapat menambah pengetahuan sejarah dan memberi gambaran kecil kepada dunia bagaimana salah satu bangunan paling kuno dan misteri terletak di Indonesia.

Sehingga kini, struktur seni bina yang bersemadi di Gunung Padang masih menjadi misteri buat para ilmuwan. Penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik dari Indonesia ini telah dibentangkan pada pertemuan tahunan Kesatuan Geofizik Amerika di Washington, DC, beberapa tahun yang lalu.

Siapa bertanggungjawab membina piramid Mesir, hamba dari kaum Yahudi atau makhluk asing? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Siapa Bertanggungjawab Membina Piramid Mesir, Hamba Dari Kaum Yahudi Atau Makhluk Asing?

Lihat Bagaimana Saintis Berjaya Hidupkan Semula Nebiri, Mumia Mesir Kuno Berusia 3,500 Tahun

Kitab Codex Gigas, Naskhah Kuno Penuh Misteri Yang Ditulis Oleh Iblis Pada Abad Ke-13