Dengan teknologi masa hadapan yang kian membangun, tidak heran jika satu hari nanti kita akan melihat sekawan ikan bersiar-siar di tengah bandar. Ini kerana sepasukan penyelidik yang berasal dari Israel sedang giat mengkaji adakah ikan boleh memandu. Dengan menggunakan teknologi fish-operated vehicle (FOV), para penyelidik mahu melihat adakah ikan mempunyai kemahiran berfikir dan mampu untuk mengawal objek, lapor The Verge.

Para penyelidik yang menerbitkan Journal of Behavioral Brain Research ini berasal dari Universiti Ben-Gurion di bandar Negev. Mereka bakal mengeluarkan hasil kajian penuh pada Februari 2022. Kajian ini melibatkan enam ekor ikan emas di dalam akuarium, yang diletakkan di atas kenderaan beroda yang dilengkapi kamera.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Persoalan yang ditanya-tanya oleh orang ramai adalah bagaimanakah ikan akan memandu kenderaan tersebut? Difahamkan bahawa pergerakan ikan akan disambung kepada sistem sensor yang secara langsung akan menggerakkan roda ke arah tertentu. Untuk merangsang deria ikan, para penyelidik akan memberikannya makan sebagai ganjaran setiap kali ia berjaya menggerakkan kenderaan beroda tersebut.

Kesimpulan awal: dengan syarat rangsangan diberikan, ikan boleh terus ‘berjalan-jalan’ di darat dengan bantuan kenderaan khas. Ikan emas, sekurang-kurangnya dari percubaan ini, boleh memandu.

Menurut Live Science, eksperimen ini sebenarnya sudah dipertontonkan kepada umum oleh ahli pasukan penyelidik Universiti Ben-Gurion, iaitu Ronen Segev di Twitter. Namun ia disimpulkan sebagai jenaka oleh sebahagian netizen, malah yang lain melihat eksperimen tersebut sebagai salah satu potensi meme. Menariknya, penyelidik Israel bukanlah yang pertama di dunia yang cuba mengkaji “keupayaan ikan untuk berinteraksi dengan mesin,” seperti yang dipetik dari draf kertas mereka.

Menurut Segev, enam ikan yang diuji mampu mengelak halangan yang sengaja di pasang oleh pasukan penyelidik. Perkara yang paling mengejutkan, menurut pasukan dari Israel, adalah bukti bahawa ikan mempunyai keupayaan untuk memahami keadaan sekeliling dan cepat menyesuaikan diri. Melalui penyelidikan ini juga, para ilmuwan dapat melihat bahawa ikan juga mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah dengan cekap.

Ilmuwan rasa seram sejuk selepas jumpa tongkat ular milik bomoh berusia 4,400 tahun lalu. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ilmuwan Rasa Seram Sejuk Selepas Jumpa Tongkat Ular Milik Bomoh Berusia 4,400 Tahun Lalu

Kajian Ketum Ilmuwan Malaysia Menang Anugerah Antarabangsa Di Jerman

Ilmuwan Indonesia Dakwa Piramid Tertua Dunia Ada Di Jawa Barat, Wujud 10,000 Tahun Yang Lalu