Dr Mohamed Aidil Subhan, seorang pakar bahasa dan Pensyarah Kanan di Institut Pendidikan Nasional Universiti Teknologi Nanyang (NTU-NIE) menjangkakan bahawa Bahasa Melayu mungkin akan diajar dalam Bahasa Inggeris pada masa akan datang selepas melihat kurangnya penggunaan Bahasa Melayu di kalangan warga Singapura, lapor Media Corp.

Merujuk data Banci Penduduk, Dr Aidil menyatakan bahawa sekitar 1980, penggunaan Bahasa Melayu mencatatkan peratusan yang tinggi berbanding sekarang di mana penggunaannya telah menjunam jatuh kepada 60 peratus pada tahun lalu.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Beliau yang bercakap dalam satu forum Siri Cendekiawan Lestari anjuran Yayasan Warisan Melayu sempena Bulan Bahasa pada Sabtu (11 Sept) lalu, melihat senario Bahasa Melayu diajar dalam Bahasa Inggeris ini mungkin akan terjadi selepas penggunaan Bahasa Melayu dilihat kurang mendapat tempat sebagai bahasa utama dalam keluarga-keluarga Melayu di sana.

“Perlu ada perubahan dalam cara kita mengajar. Sekarang kita mengajar Bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu. Mungkin menjelang 2065, kita perlu mengajar bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa lazim pelajar. Sebab bahasa Melayu mungkin tidak akan lagi menjadi bahasa lazim para pelajar semasa di rumah.”

Tambah beliau lagi, polisi dan perancangan untuk memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu sudah pun dilakukan di peringkat kementerian dan sekolah-sekolah, tetapi usaha ini juga perlu disokong oleh ibu bapa yang juga memikul tanggungjawab untuk memastikan bahawa penggunaan Bahasa Melayu di rumah terus hidup subur di kalangan anak-anak mereka.

“Saya ingat, saya pergi ke sebuah sekolah, ada pelajar cakap dengan cikgunya: ‘Cikgu saya tidak dapat habiskan kerja rumah’. Cikgunya tanya kenapa. Dia kata: ‘Saya tolong atok saya sental bilik air’. Saya bila dengar ‘sental bilik air’, saya rasa syahdu. Sebab istilah sental itu, sudah tidak ada orang lagi gunakan,” kata Dr Aidil.

Untuk rekod, Singapura mengiktiraf empat bahasa rasmi, iaitu Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil. Menurut laporan Literacy and language pula, Bahasa Inggeris paling banyak dituturkan di kalangan warga Singapura, diikuti dengan Mandarin, Melayu dan Tamil.

Nas Daily sebelum ini pernah menyatakan bahawa Singapura adalah negara paling sempurna di dunia. Adakah anda bersetuju? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Benarkah Singapura Negara Paling ‘Perfect’ Di Dunia?

4 Perkara Tentang Bekerja Di Singapura, Pengalaman Seorang Rakyat Malaysia

Demi Rezeki Untuk Anak Dan Keluarga, Rakyat Malaysia Jadi Gelandangan Di Singapura

Anda Mungkin Suka