Kebelakangan ini kita dapat lihat banyak rekaan konsep proton yang disumbangkan oleh orang awam. Terbaru, seorang pembaca funtasticko.net, Pow Ying Hern menghasilkan rekaan model gantian Persona. Ilustrasi digital ini dibuat berpandukan beberapa gambar dan maklumat yang telah diperolehi.

Model gantian Persona atau Persona R, bakal diperkenalkan pada suku kedua tahun ini selepas pelancaran Perdana baharu pada bulan Mac. Model ini adalah versi sedan Iriz dan akan berkongsi enjin 1.6 liter VVT yang sama dengan model hatchback itu.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Dalam ilustrasi ini dapat dilihat lampu belakang Persona R seakan mengambil inspirasi lampu A Class dan rata-rata peminat kereta menyukai keseluruhan kereta ini.

Apakah ilustrasi ini sama seperti model sebenar yang akan dilancarkan kelak? Sama-sama kita nantikan. Majulah Proton untuk negara.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka