Nota Editor: Dengan izin Tuan Khairul Ariffin, pemilik Facebook Group Kos Bina Rumah Di Terengganu, kami tampilkan pandangan perspektif pelan rumah yang boleh dijadikan inspirasi untuk rekaan moden kontemporari. Ia dipilih kerana sesuai dibina di atas sebidang tanah yang mempunyai keluasan sekurang-kurangnya 4,000 kaki persegi.

Ilustrasi rekabentuk rumah yang ditampilkan ini merupakan banglo 2 tingkat bercirikan moden kontemporari yang mempunyai keluasan binaan 2,282 kaki persegi. Ruang dalaman rumah ini terdiri daripada ruang tamu, ruang makan tetamu, ruang keluarga, ruang makan keluarga, 4 bilik tidur, 5 bilik air, dapur kering, dapur basah dan bilik stor.

Antara spesifikasi rumah:

  •  Tinggi lantai dari tanah adalah 1 kaki setengah
  • Besi bertetulang
  • Kekuda besi dan atap genting jenis Monier/setara
  • Tile untuk semua ruang (saiz 12×12 inci, 18×18 inci atau 12×24 inci)
  • Tile dinding bilik air sehingga aras siling
  • Kerangka pintu kayu kulim
  • Pintu dari kayu nyatuh atau setara
  • Kerangka tingkap aluminium
  • Cat Jotun/setara

Sekiranya pemilik rumah telah mempunyai sebidang tanah milik sendiri, kos membina rumah ini hanya berjumlah RM296,660. Walaupun begitu, kos boleh dikurangkan sejajar dengan pengurangan keluasan binaan dan jenis bahan yang digunakan untuk membina rumah dengan rekaan ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram