Usahawan yang tular dalam video di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur semalam telah tampil membuat penjelasan berhubung perkara berkenaan di akaun rasmi Twitter dan Instagram miliknya.

Dalam kenyataannya, beliau langsung tidak berniat ingin menghina sesiapa terutamanya pak cik dalam video tersebut. “Selama saya hidup, tidak pernah berlaku biadap kepada sesiapa terutamanya warga tua, saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan. Tujuan saya hanyalah ingin membantu, memberi manfaat dan mengubah hidup mereka yang memerlukan selain menjadi hamba kepada yang Esa.

Jika ketika petikan video itu dirakam kelihatan seperti saya tidak beradab dengan pak cik tersebut, saya betul-betul mohon maaf atas ketidak beradaban saya. Sejujurnya selepas video tersebut, saya menyantuni mereka dan semua gembira pada hari tersebut,” tulis Carl.

Carl turut bercerita program apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut. “Pada tarikh tersebut jam 11 pagi, saya dijemput oleh Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untum membantu gelandangan dalam fasa bangkit dan mengubah hidup dengan memulakan perniagaan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara melalui inisiatif PEMULIH dibawah program JITU.

“Ada lebih 80 orang gelandangan di situ dan yang berminat untuk program ini adalah sekitar 20 orang sahaja. Mereka ketika itu duduk di dewan makan jam 11 pagi. Dalam saya bagi kata-kata semangat (motivational talk) saya bertanya kepada mereka siapa di sini secara sukarela nak kongsikan kisah story yang dia pernah kesal buat dalam hidup supaya yang lain tidak rasa mereka keseorangan dan mereka juga mahu bangkit.

“Maka uncle tersebut angkat tangan dan semua bertepuk tangan atas keberanian uncle tersebut. Saya ‘bertanya’ kepada uncle tersebut dan based daripada jawapan uncle tersebut saya kongsikan dengan cara saya yang agak bersemangat kepada mereka yang lain. Jika perhatikan betul-betul video penuh itu dengan teliti, anda akan faham apa yang saya cuba sampaikan,” Jelas Carl.

Beliau menambah siapa yang pernah ke motivational talk yang dianjurkan beliau sebelum ini tahu caranya yang bersemangat ketika menyampaikan sesuatu.

“Walau bagaimanapun saya sedar saya tidak patut bercakap dan bernada begitu bila dengan mereka yang berumur lebih daripada saya. Saya minta maaf dan ini pengajaran yang besar kepada saya. I’m so so sorry Malaysia,” akhiri Carl.

buang yang keruh, ambil yang jernih. Carl turut akan bertemu kembali dengan warga emas dalam video tersebut untuk memohon maaf dan perbetulkan kesilapan tutur katanya. Untuk baca kenyataan penuh daripada Carl, boleh klik di sini.

Ini beberapa isu lain yang tular di media sosial beberapa hari ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Lihat Siapa Di Depan?’ – Aktivis ‘Perlekeh’ Malaysia Selepas Israel Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020

‘Jelas, Stabil Dan Tidak Masuk Campur’- Netizen Puji Skill Jurugambar Ini Rakam Video Pergaduhan

‘Bagai Di Hong Kong’- Iklan Bilik Sempit Di Pulau Pinang Disewa RM150 Seorang Curi Tumpuan Ramai