Sifat degil kadang-kadang memang tidak boleh lari dalam diri seorang manusia. Tidak kira betapa kuatnya pemahaman agama seseorang, dia tetap akan ada kelemahan yang akhirnya membawa masalah kepada komuniti sekeliling.

Seorang lelaki di Indonesia yang dirahsiakan namanya, berumur 82 tahun telah diuji positif COVID-19 setelah menjalani ujian di hospital. Namun, dia masih tekad untuk menjadi imam solat tarawih di masjid kejiranannya.

Dia yang tinggal di Jembatan Besi, Tambora, Jakarta Barat diminta untuk menjalani ujian bersama-sama dengan isterinya setelah anak lelakinya diuji positif COVID-19 pada ujian pertama. Namun pada hari Khamis, anaknya telah dibenarkan untuk pulang setelah dinyatakan negatif oleh pihak hospital.

Hasil dari ujian, dia dan isteri telah dilaporkan positif oleh pihak hospital. Namun dia menolak untuk menerima keputusan tersebut. Tidak cukup dengan itu, lelaki ini juga telah melarang pihak hospital dari membawanya ke Pusat Kesihatan Masyarakat Jambatan Besi untuk tujuan kuarantin dari masyarakat.

Ketua Daerah Tambora Bambang Sutama berkata kepada media bahawa lelaki itu menolak untuk menerima keputusan hospital disebabkan dia merasa bahawa dirinya sihat. Lebih teruk lagi, dia dengan senang hati telah memimpin solat terawih berjemaah di masjid.

Disebabkan sifat degil lelaki berumur 82 tahun ini untuk ditahan di hospital. Hampir 28 jemaah yang mengikutinya ketika solat terawih telah berada di bawah pemantauan pihak berkuasa tempatan. Ketua Jambatan Besi Tarcius Iwan mengatakan 28 jemaah ini akan menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Pihak Pemerintah Provinsi DKI Jakarta dilaporkan kecewa dengan kejadian ini. Mereka juga telah meminta orang ramai agar mematuhi Fatwa Majlis Ulama Indonesia mengenai ibadah di rumah semasa wabak COVID-19. Kata Ketua II Pasukan Petugas Penanganan COVID-19, Catur Laswanto bahawa fatwa MUI 14 tahun 2020 telah memperuntukkan bahawa ahli masyarakat tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti ibadah di masjid atau tempat-tempat awam selama wabak COVID-19 berlanjutan.

Fatwa MUI bertarikh 16 Mac 2020 itu turut diisi dengan peringatan bahawa umat Islam harus berusaha menjauhkan diri dari segala perkara yang boleh menyebarkan penyakit. Selain itu, adalah haram bagi orang yang dijangkiti wabak COVID-19 untuk mengikuti solat terawih secara berjemaah di masjid.

Untuk rekod, Indonesia kini sudah mempunyai lebih 15,000 kes dan lebih 1,000 kematian telah dicatatkan. Kerajaan Indonesia juga telah melarang rakyatnya dari pulang ke kampung bagi meraikan Aidilfitri.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di Indonesia, klik pautan di bawah.

Netizen Indonesia ‘Serang’ Instagram KKM Gara-Gara Salah Faham Kes Import COVID-19

Gara-Gara Pulang Dari Jakarta, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa COVID-19

‘Prank’ Kotak Sumbangan Sahur Berisi Sampah, YouTuber Indonesia Akhirnya Dicekup