Semalam tular di media sosial Twitter apabila seorang pengguna dari luar negara, @ImamOfPeace membuat satu ciapan berunsur fitnah dengan menggunakan gambar Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu ciapannya.

Dalam ciapan itu, beliau mengepilkan gambar TYDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersebelahan dengan sekeping gambar yang menunjukkan hukuman sebat sedang dilakukan.

fake news

Kiriman itu turut disertakan dengan kapsyen ” Permaisuri Malaysia, wanita hipokrit terbesar di Malaysia memasak untuk petugas barisan hadapan ketika penularan #Coronavirus ketika ini.

“Dia akan memegang sudu untuk kamera tetapi tidak akan mengatakan sepatah perkataan mengenai wanita Malaysia dan golongan gay di sana disebat, dipenjarakan dan dibunuh di bawah undang-undang syariah,” tulisnya.

https://twitter.com/Imamofpeace/status/1245245026788990978?s=20

Ciapan berunsur celupar itu sudah semestinya tidak dapat diterima oleh netizen-netizen Malaysia yang menganggap perbuatan itu sebagai tidak bermoral dan biadap.

Bukan sahaja gambar wanita yang disebat itu bukan daripada Malaysia, malah tuduhan yang dibuat Imam palsu itu adalah tidak benar sama sekali menurut netizen yang meninggalkan komen di ciapan tersebut.

replies

Mereka juga berpendapat gambar wanita yang sedang menerima hukuman itu sebenarnya berasal daripada Indonesia dan bukannya berlaku di Malaysia seperti didakwa.

Manakala artikel yang dikepilkan imam itu pula dikatakan sudah berusia empat tahun dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Permaisuri Agong.

https://twitter.com/zul_yaacop/status/1245359688582959106?s=20

Dakwaan yang tidak berasas dan palsu itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen yang kemudiannya turut menggesa agar akaun Twitter itu dilaporkan kerana menyebarkan berita palsu.

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1245285998663061505?s=20

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, kiriman itu dilihat masih belum diturunkan walaupun mendapat tekanan daripada netizen-netizen yang sudah pun menjelaskan perkara sebenar.

Bukan itu sahaja, beliau juga diihat tidak melakukan sebarang permohonan maaf dan memberi respons kepada netizen yang meninggalkan komen kepada beliau di kiriman tersebut.

Tahukah anda Raja Permaisuri Agong sebelum ini mempunyai akaun Twitter beliau sendiri dan sangat disenangi rakyat jelata. Baca perkongsian kami sebelum ini untuk mengetahui lebih lanjut. 

Lukisan ‘Pelukis Jalanan’ Berjaya Curi Perhatian Tuanku Dan Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong Jawab Isu Tutup Akaun Twitter

Kerana Netizen Biadap, Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter?