Terbaharu, sebuah video jadi bualan netizen apabila pengguna TikTok @furqanfawwaz berkongsi video dirinya menjadi imam ketika solat terawih. Menerusi video tersebut, dapat dilihat dirinya terlupa untuk membuka mikrofon dan membuatkan para jemaah tidak mendengar sebarang bunyi.

Lantaran itu, seorang pak cik yang juga bilal di masjid berkenaan menyedari perkara tersebut apabila melihat para jemaah tidak bersedia menunaikan solat tetapi imam sudah mulakan solat. Oleh itu, pak cik tersebut segera menghidupkan mikrofon imam dan keadaan berjalan lancar semula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@furqanfawwaz

Nasib baik pakcik tu selamatkan keadaan, kalau tak habis jemaah belakang tak dengar suara aku

♬ bunyi asal – Furqan Fawwaz – Furqan Fawwaz

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pak cik tersebut menyelesaikan masalah. Malah, para netizen turut mengatakan tingkah laku pak cik tersebut comel kerana kelihatan terpinga-pinga pada mulanya dan terus menyelesaikan permasalahan tersebut.

photo_2021-04-16_11-51-22

photo_2021-04-16_11-51-28

photo_2021-04-16_11-51-31

Terbaiklah pak cik. Jika anda pernah menjadi imam di masjid, adakah anda pernah mengalami situasi yang sama? Apakah pendapat anda akan perkara ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Netizen Tidak Setuju Dengan Tindakan YouTuber Ini Yang Sanggup Baling Wang RM10,000 Di Jalan Raya Demi Konten

Berhijab Dengan Gayakan Kain Batik, Imej Terbaru Jada Smith Menjadi Bualan Seluruh Dunia

Sanggup Ikuti Trend Sehingga Abaikan Keselamatan Anak, Video TikTok Wanita Ini Raih Perhatian Netizen