Rekaan dalaman pasport Malaysia ditambah baik menjadi lebih cantik setanding dengan pasport negara-negara lain yang diakui kecantikannya dan lebih selamat apabila ciri-ciri keselamatannya turut dipertingkatkan.

pasport malaysia

Pada bahagian kulit dalam pasport, terdapat corak bermotifkan songket dan bunga raya.

Bahagian maklumat pemegang pasport pula berlatar belakangkan dua kuntum bunga raya.

Setiap muka surat dalam pasport pula diserikan dengan mercu tanda negara seperti Istana Negara, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas (KLCC), dan Gunung Kinabalu.

Pemilihan imej dalam pasport ini juga melambangkan prinsip Rukun Negara iaitu:

  • Kepercayaan kepada Tuhan: masjid
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara: Istana Negara
  • Keluhuran Perlembagaan: Parlimen
  • Kedaulatan Undang-Undang: Mahkamah Persekutuan
  • Kesopanan dan Kesusilaan: Muzim Negara

Ciri-ciri keselamatan pasport yang telah dipertingkatkan:

  •  Kedudukan cip terbaru pada muka surat polikarbonat bahagian biodata membuatkan pasport sukar dipalsukan dan data mudah dibaca.
  • Hanya cahaya ultarviolet sahaja dapat mengesahkan kesahihan pasport.
  • Muka depan dan belakang mengandungi ciri keselamatan tambahan.

Buat masa ini hanya pejabat di Menara Ikhlas, Putrajaya sahaja mengeluarkan pasport Malaysia dengan rekaan terbaru dan ia akan diperluaskan ke lokasi lain secara berperingkat.

Sumber