Cik B, anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mencuri perhatian orang ramai dengan penampilan terbaharunya berambut pendek seperti seorang lelaki.

Menerusi akaun Instagram milik ibunya, Datuk Seri Vida berkongsi video bersama Cik B dengan mengatakan dia tidak kisah dengan perubahan imej baharu itu dan mahu anaknya meneroka zaman remaja sepuasnya.

Baca Juga:

“Bagi masa untuk Cik B, biar dia buat apa yang dua suka, explore zaman kanak-kanak remaja,” tulisnya.

Menerusi kapsyen di Instagram Vida juga memaklumkan zaman remaja Cik B tidak sama dengan zaman remaja yang lain kerana Cik B mempunyai tanggungjawab menguruskan business.

Salmon Skin Salted Egg merupakan perniagaan pertama Cik B yang diberikan oleh ibunya, Vida untuk menguruskannya.

Dengan perkongsian video itu, pelbagai reaksi daripada warganet mengenai rambut baharu Cik B, ada yang menyokong dan ada juga yang tidak setuju dengan apa yang disampaikan oleh DSV.

Malah, segelintir netizen mengkritik Vida kerana membiarkan Cik B dengan rambut sedemikian dan haram perempuan meniru gaya seperti lelaki.

Bukan itu sahaja, ramai netizen meninggalkan komen yang ‘pedas’ dan meminta supaya DSV melatih atau mengajar anaknya menutup aurat kerana mati itu pasti.