Untuk Avengers: Infinity War, Marvel memang sangat berhati-hati dalam mengeluarkan trailer untuk filem akan datang mereka ini. Mereka cuma menayangkan trailer khas untuk Avengers: Infinity War ini kepada peminat semasa di San Diego Comic Con.

Walaupun ianya dikawal rapi, tetapi tetap tertiris juga trailer berkenaan melalui rakaman telefon pintar di Facebook dan siapa sahaja yang memuat naik video berkenaan di Facebook dan Youtube akan dibuang serta merta oleh pihak Marvel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi semalam seorang pengguna Reddit bernama AscendedAncient telah berkongsi beberapa imej yang berkemungkinan besar daripada trailer Avengers: Infinity War yang akan dikeluarkan Marvel kelak.

Dalam imej ini, dapat dilihat Captain Amerika (berjambang dan tidak memakai kostum ikonik beliau), Black Widow dan Falcon menentang satu watak baharu berkemungkinan Proxima Midnight, salah seorang konco Thanos. Imej Scarlett Witch yang sedang ketakutan serta ahli Guardians Of The Galaxy turut dikongsi oleh AscendedAncient.

Posting AscendedAncient di Reddit telah pun dibuang dan inilah gambar yang sempat disimpan oleh laman Fortess Of Solitude. Sumber Marvel membuat kenyataan trailer rasmi Avengers: Infinity War dijadualkan keluar pada bulan Disember ini. Avengers: Infinity War akan berada di pawagam 4 May 2018. Memang dah tak sabar.

screen 1

screen 2

screen 3

screen 4

screen 5

screen 6