Beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial apabila Hafizh Syahrain meluahkan rasa kekecewaannya terhadap pihak Imigresen Malaysia selepas isteri beliau tidak dibenarkan mengikutinya menyertai perlumbaan di Eropah.

Lantaran itu, Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan bahawa hanya atlet Malaysia yang berpangkalan di luar negara dibenarkan membawa pasangan masing-masing sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh dan perintah kawalan pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, permohonan Hafizh untuk membawa isterinya ke Eropah ditolak oleh pihak Imigresen Malaysia. Tambah Imigresen Malaysia, pihaknya telah menjumpai beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara melalui MyTravelPass (MTP) oleh warganegara Malaysia melalui semakan yang dijalankan di pintu masuk negara.

Malah, ada yang menggunakan kelulusan itu untuk tujuan lain selain daripada kategori yang dibenarkan keluar negara. Pada Ahad lalu, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan Moto2 Grand Prix (GP) Itali di kedudukan kesembilan.

Bagi anda yang terlepas luahan kekecewaan Hafizh Syahrin, anda boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Gagal Bawa Isteri Ke Eropah, Hafizh Syahrin Luah Rasa Kecewa Terhadap Imigresen Malaysia

Aksi Luar Biasa Hafizh Syahrin Selamatkan Motosikal Buat Netizen ‘Mat Salih’ Tergamam

Sumber