Baru-baru ini, link Semakan Status Kawalan Imigresen oleh Jabatan Imigresen Malaysia menjadi viral.

Dalam Whatsapp, link http://sspi2.imi.gov.my/ tersebar luas. Ramai rakyat Malaysia mula menggunakannya untuk mengetahui kelayakan mereka ke luar negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengapa ini terjadi?

Menurut satu laporan oleh New Straits Times, kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kesesakan disebabkan kegagalan bakal penumpang memeriksa status diri sebelum ke luar negara.

Jabatan Imigresen menjelaskan, kelewatan di pintu-pintu masuk utama negara kebelakangan ini berlaku kerana ramai tidak sedar bahawa mereka telah disenarai hitamkan dan ini menyebabkan ramai beratur panjang di kaunter eGate Imigresen.

BACA: Ini Apa Yang Peminjam PTPTN Perlu Tahu Supaya Rekod CCRIS Bersih Dan Tidak Dihalang Ke Luar Negara

Menurut Ketua Pengarah, Datuk Seri Mustafar Ali, jabatan itu menerima permintaan daripada beberapa agensi seperti Jabatan Insolvensi Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyenarai hitamkan individu yang mempunyai tunggakan bayaran daripada keluar negara.

Nama-nama yang berada di dalam ‘Senarai Syak’ tidak akan dibenarkan meninggalkan negara.

Bertambahnya senarai mereka yang disenarai hitamkan naik 4 kali ganda tahun ini setelah PTPTN mula menggunakan ‘Senarai Syak’ ini.

Senarai Syak

Daripada 707,304 individu yang tidak dibenar meninggalkan negara, 261,833 adalah daripada mereka yang mempunyai tunggakan pinjaman PTPTN.

212,927 dihalang keluar dengan arahan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Manakala 128,187 individu dihalang keluar negara akibat kegagalan membayar cukai pendapatan.

Inisiatif

Menurut Mustafar, mereka yang disenarai hitam biasanya akan terlepas penerbangan jika gagal menyelesaikan masalah mereka.

Ini, katanya, adalah antara sebab-sebab mengapa jabatan itu mahu agensi-agensi berkaitan untuk mewujudkan meja bantuan di lapangan terbang untuk berurusan dengan penumpang yang disenarai hitamkan.

Dalam usaha untuk mempercepatkan proses daftar masuk, Mustafar berkata, Jabatan Imigresen sedang mempertimbangkan untuk memasang satu set peranti “tapisan” untuk menyemak status bakal penumpang sebelum mereka melalui eGates.

Peranti yang kini sedang diuji, akan menghentikan orang-orang yang disenarai hitamkan daripada meneruskan perjalanan.

Senarai semak
Senarai semak imigresen.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyemak status perjalanan mereka di laman web Jabatan Imigresen di sini http://sspi2.imi.gov.my/.

BACA: Apa Makna Warna Pasport Merah, Biru, Hijau Dan Hitam