Beberapa hari tular dan kecoh berkenaan isu rakyat Malaysia tidak dapat memasuki negara Thailand jika tidak cukup wang. Polis Imigresen Thai menafikan laporan media Malaysia yang mendakwa pegawainya menyekat pelawat Malaysia daripada memasuki negara itu jika tidak cukup wang tunai sekurang-kurangnnya 10,000 Baht (kira-kira RM1,240).

Pemangku Ketua Polis Songkla, Kolonel Chutareth Yingyongdumrongsakul berkata tiada pelawat Malaysia di pusat pemeriksaan imigresen di Selatan Thai diminta menunjukkan wang mereka sebelum dibenarkan memasuki Thailand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam undang-undang imigresen Thai, pelawat yang berhasrat memasuk Thailand mestilah membuktikan kemampuan mereka untuk berbelanja selama mereka berada di sana. Undang-undang ini sudah lama ada di Thailand tetapi dikuatkuasakan berikutan penambahan pelancong yang ‘mengemis’ di bandar-bandar popular Thailand terutamanya di Bangkok.

Ianya adalah prosedur biasa bagi pihak imigresen Thai untuk meminta lebih informasi jika mereka rasa seseorang individu atau kumpulan bukan pelancong sebenar dan ingin masuk ke Thailand untuk bekerja secara haram tanpa permit yang sah.

Jadi anda yang sedang merancang perjalanan untuk ke Thailand, jangan risau kerana anda boleh memasuki Thailand dengan berapa sahaja wang yang ada di dalam dompet anda.

Sumber