Mereka berempat ini bekerja di dalam bahagian perkhidmatan. Masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai, penerima bayaran tempat letak kereta, pemandu van, dan pengawal keselamatan. Sudah menjadi kebiasaan mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Sebagai balasan mereka menerima ucapan terima kasih.

Tabiat mengucapkan terima kasih pada seseorang yang telah membantu dan memberi perkhidmatan kepada kita adalah satu tabiat yang amat digalakkan. Ia menceriakan hari orang yang menerima ucapan tersebut kerana rasa dihargai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Begitu juga dengan mereka berempat. Tetapi ada sesuatu telah berlaku apabila mereka menerima ucapan terima kasih dengan tambahan 1 lagi perkataan di dalam ucapan terima kasih tersebut.

Apakah ia? Dan bagaimana reaksi mereka selepas itu?

Saksikannya di sini:

https://www.youtube.com/watch?v=H9LGBBWTGgk

Ya, ia adalah iklan Coca-Cola tetapi mesej yang mahu disampaikan itu lebih penting.

Walaupun ia kelihatan kecil tetapi jelas menunjukkan bahawa seseorang akan rasa lebih dihargai apabila namanya disebut secara spesifik dan betul.

3 Tip Ingat Nama Orang
1) Tanya nama orang tersebut
2) Fokus dan lihat muka orang itu
3) Ulang 3 kali atau lebih nama orang tersebut

Impaknya pasti berbeza apabila kita berkomunikasi sambil sebut nama orang tersebut.

Kita sendiri juga pasti sudah lalui situasi sebegini:

“Wah! Bestnyer… Dia masih ingat nama aku lah!” sambil raut wajah tersenyum

Semasa atau usai siap menonton video itu, adakah anda terfikir sesiapa dalam kehidupan seharian anda seperti mereka?

Jika ada, anda sudah tahu apa yang patut dibuat hari ini :)

“Terima kasih, < nama >”

Suka kisah ini? Kongsikan dengan kawan anda di Facebook.

LIKE The Vocket di Facebook