Sekiranya anda mengikuti perkembangan kriptowang, pastinya anda cukup tahu dengan impak daripada pengumuman Elon Musk selaku manusia terkaya di dunia.

Pada tahun lalu, Elon Musk berjaya mencipta fenomena apabila mengumumkan syarikat kendaliannya Tesla telah membeli Bitcoin yang sekaligus melihatkan kriptowang tersebut melonjak sebelum jatuh semula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain itu, beliau sebelum ini turut aktif berkongsi mengenai Dogecoin yang menyaksikan kriptowang ini kembali melonjak pada tahun lalu selepas hampir 6 tahun dalam pasaran.

Terbaharu, selepas beberapa sahaja Elon Musk mengumumkan pengambil alihan Twitter dengan nilai $44 bilion (~RM208 bilion), kriptowang Dogecoin juga turut memaparkan perkembangan positif.

Lebih menarik buat para pelabur Dogecoin gembira, Elon Musk sekitar beberapa jam lalu telah memuat sebuah tweet yang memaparkan anjing yang sangat simbolik dengan Dogecoin memakai baju Twitter.

Tweet ringkas Elon Musk ini telah menyaksikan peningkatan Dogecoin sebanyak 25% dalam tempoh 24 jam terakhir dan sekitar 145% dalam tempoh 7 hari. Hal ini sekaligus telah membuatkan Dogecoin sebagai antara kriptowang paling popular dengan kadar kenaikan yang mendadak.

Sumber: Coin Gecko

Melihat kepada perkembangan kriptowang Dogecoin, pastinya ramai pelabur kriptowang yang mengharapkan nilai kriptowang bakal terus meningkat yang sekaligus bakal menguntungkan pelbagai pihak selepas jatuh hampir 70% nilai pasaran sejak akhir tahun lalu.