Jika sebelum ini, restoran mamak sering kali menjadi pilihan orang ramai untuk menjamah khususnya mereka yang mahu melepak atau menjamah pada lewat malam, situasi ini mungkin tidak lagiberlaku selepas ini.

Menerusi laporan terbaru, difahamkan lebih 2,000 restoran mamak dilaporkan terpaksa tutup impak daripada pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak dari tahun 2020. Mempunyai pekerja terdiri daripada warga asing antara yang memberi kesan kepada restoran mamak berikutan permit kerja yang tamat atau terkandas akibat pandemik ketika pulang bercuti di negara asal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan. Sumber: thevibes

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan menyifatkan kekurangan tenaga kerja kini menjadi isu besar yang semakin kritikal membelenggu ahlinya di seluruh negara.

Difahamkan daripada 12,000 ahli yang berdaftar dengan PRESMA, kini lebih 2,000 ahli sudah menutup operasi dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini disebabkan beberapa faktor di mana kekurangan tenaga kerja antara yang menjadi faktor utama.

Isu yang berlaku turut mendesak pihak restoran mamak berusaha mendapatkan pekerja tempatan walau bagaimanapun sambutan daripada rakyat Malaysia untuk bekerja di restoran mamak kurang menggalakkan.

Jawahar Ali berkata, ahli PRESMA sentiasa sedia menyahut seruan kerajaan untuk menggaji pekerja tempatan, tetapi malangnya ia sukar dilaksanakan kerana bilangan rakyat Malaysia yang mahu berkhidmat di restoran begitu suram. Pihak mereka turut berusaha menghasilkan poster khas dan ditampilkan di restoran dalam memaklumkan pengambilan pekerja tempatan namun masih lagi gagal meraih sambutan.

Selain itu, restoran mamak yang sering menjadi pilihan berikutan waktu operasi 24 jam sehari mungkin tidak lagi dapat menawarkan perkhidmatan waktu operasi yang panjang seperti sebelum ini berikutan kekurangan pekerja.

Membincangkan soal pekerja, PRESMA dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya 30,000 pekerja bagi mengisi kekosongan di seluruh negara. Sehingga kini, dilaporkan hampir 50 peratus pekerja terpaksa pulang ke negara asal sejak PKP sejak dilaksanakan pada awal tahun 2020.

Situasi yang berlaku yang berlaku mungkin membuatkan lebih banyak restoran mamak terpaksa gulung tikar sekiranya isu ini tidak dapat diselesaikan dengan segera.

Tular pada minggu ini apabila seorang ‘sifu trading’ disahkan kantoi guna jet peribadi mewah milik individu lain untuk mempromosi bisnes beliau.

‘Sifu Trading’ Kantoi Guna Jet Peribadi Mewah Milik Orang Lain Untuk Promosi Bisnes

Kerana Gayakan Tudung Warna Hijau, Gadis Ini Jadi Mangsa Gangguan Seksual Segelintir Pengguna TikTok

Sumber