Impak pandemik COVID-19 telah meninggalkan kesan yang besar kepada industri pelancongan di Bali. Kesan buruk ini telah menyebabkan ratusan hotel di sana terpaksa dijual disebabkan kesan wabak yang menghalang daripada pelancong untuk bertandang ke sana.

Melalui tinjauan yang dibuat ke atas laman sesawang Lamudi – portal rasmi jualan hartanah Indonesia – menunjukkan bahawa ratusan hotel di Bali akan dijual kerana kadar kehadiran pengunjung ke Bali rendah pada tahun kedua wabak COVID-19 menyerang Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pencarian hotel Bali di platform berkenaan menunjukkan 631 hartanah akan dijual dengan kebanyakannya berada di kawasan pelancongan yang popular di wilayah terbabit.

Coconut melaporkan bahawa senarai hotel yang bakal dijual merangkumi hotel seperti Kuta Paradiso Hotel yang bakal dilepaskan pada harga Rp875 miliar (RM250 juta), manakala Tijili Benoa di Nusa Dua pula akan menjual sebuah bilik pada harga Rp1.8 miliar (RM500,000) dan Swiss-Belhotel Rainforest pula dijual pada harga Rp250 miliar (RM72 juta).

Ini adalah gambaran besar bagaimana impak COVID-19 telah mempengaruhi ekonomi tempatan di sana. Dengan kebanyakan daripada penduduk Bali bergantung hidup pada industri pelancongan.

Dengan sekatan perjalanan dan penutupan sempadan bagi mengekang wabak COVID-19, kebanyakan hotel terpaksa menampung kos yang tinggi jika mahu terus beroperasi dan sebahagiannya pula terpaksa menghentikan operasi sejak tahun lalu.

“Kadar pelancongan di Bali hanya sekitar 10 persen dalam 14 bulan, dan ini telah mempengaruhi ekonomi secara signifikan,” kata Manuhutu, seorang wakil dari Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, dalam sebuah kenyataan.

Untuk rekod, ekonomi Bali menyusut 9.31 persen pada tahun 2020, menjadikannya sebagai salah satu wilayah yang paling parah di Indonesia di tengah-tengah situasi pandemi COVID-19 yang tidak tahu bila akan berakhir.

Wanita dari AS dikecam netizen Indonesia, ajar orang salah guna visa untuk tinggal ‘free’ di Bali. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Dari AS Dikecam Netizen Indonesia, Ajar Orang Salah Guna Visa Untuk Tinggal ‘Free’ Di Bali

‘Prank’ Pelitup Muka Palsu Cetus Kontroversi, YouTuber Ini Bakal Ditendang Keluar Bali

Warga Asing Tidak Pakai Pelitup Muka Di Bali, Dihukum ‘Push-Up’ Atau Bayar Denda RM30.00

Sumber