Sebuah lagi berita yang membanggakan buat Rakyat Malaysia serta komuniti eSukan di dalam negara kita. Jika sebelum ini, permainan Dota 2 dan FIFA yang diwakili negara kita berjaya menempah nama di peringkat antarabangsa kini pasukan Impetus Gaming melalui permainan ‘Rainbox Six Siege’ pula bakal mengikuti jejak langkah yang sama.

Permainan Rainbox Six Siege yang membawa genre FPS ini nampaknya mula mendapat perhatian ramai sejak mula diperkenalkan akhir 2015. Penyertaan mode online membolehkan para pemain bertempur secara berpasukan serta menaikkan ranking mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Impetus Gaming

Pembukaan server di Asia Pasifik sekaligus didatangkan bersama  APAC Pro League dimana Impetus Gaming berjaya menempah slot ke peringkat seterusnya menerusi kelayakan dari Zon Asia Tenggara serta menjadikan pasukan ini sebagai wakil tunggal dari Negara Malaysia. Berikut merupakan antara sedutan permainan Rainbox Six Siege daripada pasukan Impetus Gaming.

Ketika ini, Impetus Gaming berada di dalam kedudukan yang sangat membanggakan dengan ranking ke-7 terhebat di dalam Asia Tenggara. Impetus Gaming bakal mula berentap di dalam bermula 5 September sehingga 27 September untuk kelayakan sub rantau Asia Tenggara sebelum layak ke peringkat seterusnya dimana kejohanan ini bakal diadakan di Sydney, Australia.

Kami dari pihak Vocket ingin mengucapkan selamat berjaya dan all the best buat pasukan Impetus Gaming. Semoga pernyertaan ke peringkat antarabangsa ini bakal membuatkan Rakyat Malaysia bangga sekaligus menaikkan lagi martabat eSukan di dalam negara kita. Good luck Impetus Gaming!

Sumber