Kekurangan diri bukanlah satu penghalang, sebaliknya menjadi pemangkin buat Krithin Paul Pereira, 22 tahun, penghidap Cerebral Palsy untuk mencapai impiannya untuk menjejakkan kaki ke salah satu ibu pejabat jenama Porsche beroperasi — pereka adalah pekerjaan impiannya, Porsche jenama kereta idamannya.

Krithin telah terbang sejauh 10,000 kilometer dari rumahnya di Kuala Lumpur ke Porsche di Weissach bersama ibu bapanya dalam mengejar impiannya. Di sana dia berpeluang bertemu pereka dan mendalami dunia sportcar Porsche yang merupakan inspirasinya selama ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Dia telah menunggu saat ini begitu lama, dan kami bertarung untuk hidupnya berbulan-bulan. Ia sukar dipercayai dan untuk dilihat,” jelas bapanya, Jackson Pereira.

Menurut ibunya pula, Ashita Pereira menyatakan Krithin masih berjuang sehingga hari ini, kerana dia enggan menerima nasibnya.

“Krithin percaya bahawa setiap orang mempunyai masalah tersendiri. Walaupun masalahnya dianggap lebih besar, ia bukannya sebuah penghalang kepada impiannya untuk menjadi kenyataan. Sikap positif Krithin membolehkannya mencapai matlamatnya,” terang Ashita.

Tambah ibunya lagi, Krithin sedang melanjutkan pelajaran sama seperti orang lain. Kini persediaannya untuk universiti akan bermula dalam masa terdekat, dengan pengkhususan dalam kejuruteraan automotif — di mana beliau bercita-cita untuk mencipta sportcar untuk kegunaan orang kurang upaya.

Krithin menunjukan kemahiran melukis kereta mewah | Sumber Gambar: Porsche
Hasil lukisan Krithin | Sumber Gambar: Porsche

Dalam satu hantaran Facebook yang dikongsikan oleh Kritin, beliau meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Porsche kerana menjadikan impiannya satu kenyataan.

“Malaysia – ini untuk anda! Saya percaya saya adalah rakyat Malaysia termuda yang pertama, dan berkebolehan berbeza untuk pergi ke lawatan khas Porsche Design Studio di Jerman dan bertemu pereka berbakat dan melihat kereta sport Porsche dan juga menaiki kereta pertama saya dalam Porsche 911 GT3 Touring di litar lumba bersejarah Hokenheimring,” petik hantaran beliau.

Tambahnya lagi, beliau ingin membanggakan Malaysia dan memberi inspirasi kepada semua orang yang mampu dan tidak berkemampuan, untuk mengejar impian masing-masing tanpa sebarang halangan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.