Masih ingat seorang budak lelaki yang memakai jersi diperbuat dari plastik dengan nama Messi di belakangnya? Impian Murtaza Ahmadi yang ingin bertemu Lionel Messi akhirnya tercapai apabila beliau bertemu Messi di Qatar.

Dengan bantuan Supreme Committee for Delivery & Legacy (SC), Murtaza bertemu Messi di Qatar ketika perlawanan persahabatan dengan kelab Al-Ahli Selasa lalu. Murtaza kini berusia 6 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya sangat gembira dapat bertemu hero saya,” kata Murtaza dalam laman web rasmi SC. Bukan sahaja Murtaza dapat bertemu Messi, beliau juga berpeluang berjalan bersama Messi ke dalam padang sebelum perlawanan bermula.

Selepas gambarnya memakai jersi buatan sendiri itu viral awal tahun ini, UNICEF telah mengatur pemberian jersi Argentina dengan signature Messi untuk diberikan kepada Murtaza. Dan disebabkan gambar itu juga keluarga Murtaza terpaksa berpindah ke Pakistan kerana ancaman dari sekeliling. Ahmadi, bapa kepada Murtaza merasakan Murtaza kemungkinan besar akan diculik jika mereka terus tinggal di Afganistan.

“Hidup menjadi semakin susah buat kami. Kami tidak mahu tinggalkan bumi Afganistan, tetapi dengan ancaman yang semakin besar ini buatkan kami terpaksa memulakan hidup baru di Pakistan,” terang Ahmadi dalam satu perbualan telefon dengan Associated Press.

Tiada yang lebih menarik untuk melihat impian seorang adik kecil menjadi kenyataan. Lihat betapa gembiranya Murtaza sehingga beliau tidak mahu keluar dari padang untuk terus bersama Messi. So cute!

https://twitter.com/messi10stats/status/808642122123530240

https://twitter.com/messi10stats/status/808730328407752704

Sumber