Ini Imran. Dia Presiden Kelab Teater kami. Dia seorang yang sangat berbakat dalam bidang seni, paling bersemangat dan paling berdedikasi setiap kali kami menyertai mana-mana pertandingan atau mengadakan persembahan.

2 minggu lepas dia ada mesej saya. Menyatakan hasrat untuk buat persembahan drama untuk hari guru. Saya bagitau dia, tahun ni saya dah penat. Dah masuk macam-macam program dan pertandingan. Sampai kerja kursus SPM saya banyak tertangguh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lagipun untuk pertama kali tahun ni saya dah rancang tak nak terlibat dengan persembahan hari guru. Kali ni saya tak nak duduk belakang pentas lagi. Sebab sebelum ni dah bertahun-tahun tempat saya dan rakan terlibat hanyalah di belakang pentas.

Saya bagitau dia lagi. Saya kata awak dah form 5. Dah besar. Dah bertahun-tahun saya bawa awak berlakon masuk pertndingn dan buat persmbahan. Awak pun dah banyak menang anugerah sampai peringkat kebangsaan. Apa kata tahun ni awak buat sendiri, handle sendiri.

imran-1
Johan video drama pendek anjuran Pejabat Kesihatan Pahang

imran-2

imran-3
Watak imam dalam Gelanggang Tok Wali – pertandingn drama KOMSAS negeri Pahang
imran-4
Pertandingan Teater Komsas peringkat negeri. Imran menang pelakon lelaki terbaik sebagai watak Kanang pahlawan Iban.

imran-5

imran-6
Teater Komsas Negeri 2014
imran-7
Persembahan drama Warkah Kekasih sempena sambutan Maulidur Rasul.

imran-8

imran-9
Pertandingan drama Komsas peringkat negeri – Gelanggang Tok Wali
imran-14
Pelakon tambahan drama Cinta Si Wedding Planner
imran-10
Semarak teater peringkat kebangsaan 2015
imran-11
Penghormatn untuk arwah sebab dia bawa watak utama dan lakonan paling berkesan.

Buktikan kebolehan awak. Tapi saya kata lagi. Kalau awak nak buat jugak awak kena bagi saya sinopsis cerita, sebab saya takut cerita yang awak bawak tak sesuai.

Beberapa hari selepas tu dia ada hantar sinopsis. Tapi sy reject. Saya cakap tak sesuai. Sebab dia nk buat cerita ada scene MENINGGAL DUNIA. Dia berkeras nak buat CERITA SEDIH. Dia kata nak bagi PENONTON MENANGIS. Tapi saya tak setuju. Saya kata tak sesuai dengan hari guru.

Dia macam kecewa dan janji nak ubah sikit jalan cerita. Lepas tu dia diam. Diam terus. Saya fikir dia tak jadi teruskan hasrat dia. Saya pun diam juga. Saya pun sebenarnya tak galakkan sangat dia buat persembahan sebab sekarang pelajar tingkatan 5 tengah exam.

Sehinggalah semalam. Pada petang hari guru 16 Mei 2016 (sekolah kami belum sambut, tangguh hari Jumaat) dia hantar mesej ucap selamat hari guru. Saya ucapkan terima kasih setengah jam kemudian.

imran-12

imran-13

2 jam kemudian. Pada pukul 8.15 malam saya dapat mesej wassap daripada beberapa orang ahli teater memaklumkan Imran accident motor sebab nak pergi latihan teater kat sekolah.

Berderau darah saya dengar. Saya tengok gambar yang mereka hantar. AllahuAkhbar. Tak terucap perasaan. Terketar-ketar tangan pegang hp.

Rupa-rupanya kata mereka dah semingu diorang berlatih senyap-senyap. Memang tak nak bagitau cikgu. Nak surprisekan cikgu. Nak bagi cikgu bangga dengan diorang. AllahuAkhbar.  Berjurai-jurai airmata ni turun.. Tak tahan sebak sungguh.

Sejam lebih juga kami menunggu di hospital sehingga akhirnya Imran disahkan telah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirrojiun.

Inilah pertama kali dalam hidup saya, saya benar-benar rasa terkesan apabila seseorang pergi meninggalkan saya.

Dia pergi sebelum sempat menunaikan hajat membuat persembahan istimewa untuk semua guru pada hari jumaat ni. Dia pergi sebelum sempat membuatkan kami semua menangis terharu dengan persembahan yang dia rancang.

Maafkan saya Imran. Maafkan saya. Kalaulah saya tahu awak akan pergi buat selama-lamanya, dah tentu saya tetap akan tolong dan luangkan masa untuk awak realisasikan persembahan hari guru tu. Maafkan saya.

Tadi sebelum awak disembahyangkan saya tengok muka awak. Alhmdulillah awak nampk tenang. Saya dan semua rakan serta cikgu awak semua sayangkan awak.

Semua mendoakan agar roh awak ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Kami dah maafkan semuanya dan dah halalkan semuanya.

Kami juga berdoa agar Allah mengampuni semua dosa-dosa awak. Kami juga berdoa agar keluarga awak tabah dan tenang menghadapi dugaan yang amat berat ini. Semoga awak tenang di sana. Awak akan sentiasa berada dalam memori kami.  Al fatihah.