Sebuah lagi sejarah dicipta oleh atlet Malaysia apabila pelumba cilik Imran Ismail berjaya menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai kejohanan dunia basikal tolak kategori kanak-kanak yang diadakan di Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.

Melalui kejohanan Piala Strider 2018, pelumba berusia tujuh tahun ini telah berjaya memenangi kategori terbuka basikal 14 inci mengalah 25 peserta lain daripada beberapa buah negara lain melibatkan Amerika, Thailand dan Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
37635100_10216661201100740_2725846795937644544_n (1)
Sumber: Facebook Man Samad

Mengulas mengenai kemenangan Imran Ismail, bapanya turut berkongsi dimana beliau amat mementingkatkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan anaknya. Selain itu, anaknya turut dilatih oleh CAK Sports Academy bagi meningkatkan lagi daya ketahanan serta memantapkan skil perlumbaan basikal Strider.

Lebih hebat, ini merupakan penyertaan keempat Imran Ismail di peringkat antarabangsa selepas sebelum ini pernah ke Tokyo dan Bangkok.

2018-StriderCup-Charlotte-9
Sumber: Strider Bikes
36160937865_5959677427_k
Sumber: Strider Bikes

Untuk pengetahuan anda, Piala Strider merupakan sebuah sukan yang dianjurkan oleh syarikat strider dalam menawarkan basikal imbang. Perlumbaan di Piala Strider ini memerlukan pelumba untuk mengimbang basikal dua roda tanpa pengayuh dengan pantas.

Tahniah diucapkan buat Imran Ismail. Semoga lebih banyak kejayaan berjaya dicapai buat pelumba cilik ini sekaligus mengharumkan nama Malaysia.