Daripada hanya 998 likers di FB page, bagaimana kedai online ini berjaya mencuri perhatian dunia Internet Malaysia sehingga berjaya meningkatkan 100,000 orang likers secara organik di Facebook page mereka dalam masa 4 bulan, memang adalah sesuatu yang impressive.

imuslimshop, iaitu sebuah kedai online yang menjual produk kesihatan bumiputera muslim berjaya membina peminat mereka sendiri melalui penghasilan gambar-gambar viral.

Gambar-gambar viral mereka bukan sekadar menarik, malah penuh dengan informasi berguna, dan gabungan kedua-dua faktor ini menjadi sebab mengapa ramai pengguna Facebook suka menekan butang share setelah melihat foto viral mereka.

Kami berkesempatan berbual dengan pemilik bisnes ini, iaitu Puan Wan Farah atau lebih dikenali dengan profile FB Wan Imuslim. Ikuti perbualan kami di bawah:

Assalamualaikum Puan Wan yang dimuliakan, terima kasih kerana sudi memberi kami peluang untuk menemubual Puan. Berikut adalah soalan-soalannya:

1. Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang Puan.

wan-imuslimshop

Saya merupakan graduan Business Information Technology, dan telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan online dan offline semenjak 2008 dan kemudian membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai guru pada 2009 untuk memberikan perhatian sepenuh masa pada perniagaan.

2. Sejak bilakah Puan memulakan perniagaan imuslimshop dan boleh ceritakan bagaimana Puan bermula.

Perniagaan imuslimshop ini adalah hasil dari didikan umi saya semenjak kecil lagi. Semasa saya kecil, umi saya sangat menekankan penggunaan produk bumiputera dari segi makanan sehingga kepada penggunaan syampu. Walaupun pada masa dulu, produk bumiputera sangat terhad di pasaran, tapi atas
didikan umi saya yang komited dan konsisten menyokong produk bumiputera telah menyebabkan perkara ini telah sebati dalam diri saya.

Hasil didikan umi, saya merupakan pengamal produk kesihatan bumiputera muslim yang sangat tegar. Dengan kesedaran ini, saya telah mengambil keputusan untuk membuka perniagaan produk yang dikeluarkan oleh bumiputera muslim yang halal, berkualiti dan berkesan.

Bermula dari 3 produk dan sekarang ni, terdapat lebih 100 jenis produk yang terdapat di imuslimshop yang telah dipilih dan ditapis dahulu.

3. Sejak bila dan bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan gambar-gambar viral yang menarik perhatian pengguna?

foto-viral-imuslimshop-02a

Pada pertengahan 2015, imuslimshop telah melakukan rebranding dan kami telah melakukan pelbagai ekperimen dan kajian ke atas konten yang ingin kami bawakan untuk pelanggan kami agar mereka dapat bersama kami berkongsi manfaat.

Ternyata strategi kami untuk berkongsi perkara yang membawa
kebaikan untuk target pelanggan kami menarik perhatian ramai untuk berkongsi. Objektif kami adalah untuk membuahkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan kami terhadap jenama imuslimshop agar pelanggan tidak ragu-ragu lagi memilih kami sebagai pilihan kedai produk kesihatan online.

4. Bagaimana kesan penyebaran gambar-gambar viral terhadap perniagaan Puan?

foto-viral-imuslimshop-04c

Projek perkongsian PhotoViral bermula pada Julai 2015, semasa permulaan bilangan like page kami adalah 998 sahaja. Tetapi dalam masa 4 bulan sehingga Oktober 2015, bilangan like kami telah mencecah 108,000 dan semakin meningkat.

Bilangan like ini kami perolehi secara organik, iaitu atas perkongsian
dari likers imuslimshop yang setia berkongsi setiap PhotoViral kami. Malahan PhotoViral kami juga mencuri perhatian page-page besar dan juga beberapa selebriti terkenal seperti Neelofa.

Kesan terhadap perniagaan kami amatlah positif, kerana pelanggan semakin yakin dengan jenama kami, pelanggan baru bertambah setiap hari dan membuat pembelian berulang kerana mereka memilih untuk mempercayai kami.

5. Daripada banyak-banyak gambar viral yang dihasilkan, boleh kongsikan yang mana satu paling menarik perhatian pengguna?

Photosharing  ‘Penyakit & Penawar’ adalah gambar paling viral.

foto-viral-imuslimshop-02

6. Adakah imuslimshop akan terus mengeluarkan gambar viral selepas ini?

Kami akan terus mengeluarkan gambar viral selepas ini, kerana ini bukan sahaja untuk manfaat perniagaan kami, tapi kami niatkan sebagai salah satu usaha atau sumbangan kami untuk berkongsi kebaikan semoga ianya dapat menjadi saham kami di akhirat nanti.

7. Bolehkah Puan memberi tip bagaimana untuk menghasilkan gambar viral yang menarik perhatian?

foto-viral-imuslimshop-03a

Pertama, kita harus kenalpasti siapakah golongan sasar pelanggan perniagaan atau komuniti yang ingin kita bina.

Kedua, kita harus kenalpasti dengan lebih dekat golongan ini dan mendalami apa permasalahan yang mereka hadapi, apakah informasi yang berguna untuk membantu kualiti hidup mereka atau apakah perkara yang dapat menarik minat mereka.

Ketiga, brainstorming tajuk-tajuk yang:

i) sangat jarang dikongsikan

ii) yang berkaitan dengan situasi semasa

iii) yang mengandungi unsur humor

iv) yang dapat menyentuh emosi dan perasaan mereka sehingga mereka berkata ‘gambar viral ini adalah berkenaan diri saya dan apa yang saya alami’.

v) perkara yang sangat bermanfaat sehingga mereka sanggup menekan butang share.

8. Bagaimana imuslimshop secara konsisten berjaya menghasilkan foto-foto viral menarik setiap minggu.

foto-viral-imuslimshop-04a

Kami di imuslimshop mempunyai satu tim startup yang dikenali sebagai TeilAn yang terdiri daripada 2 orang pereka grafik, seorang media sosial, seorang videographer, sorang webmaster dan saya sendiri bertindak sebagai creative director.

Dengan kerjasama sebagai satu pasukan, kami sentiasa membuat perbincangan dari masa ke semasa untuk menghasilkan konten yang menarik untuk dikongsikan. Malahan kami telah pun mendapat permintaan daripada syarikat luar untuk menghasilkan photosharing bagi tujuan penjenamaan.

9. Melihat jumlah like yang semakin meningkat di Facebook page imuslimshop, kami tertarik untuk mengetahui tentang barangan yang Puan tawarkan kepada peminat-peminat. Apakah produk-produk yang ada di kedai online Puan.

imuslimshop-03

Produk kesihatan di kedai kami adalah produk keluaran bumiputera muslim yang terpilih, ini adalah kerana kami telah berada di dalam perniagaan hampir 7 tahun dan kami hanya mengetengahkan produk yang berkualiti dan mendapat tindak balas yang baik daripada pelanggan kami. Bersesuaian dengan tagline
kami, ‘Belilah dengan yakin’ (Shop with confidence).

Kami juga menawarkan khidmat konsultasi kepada bakal pelanggan kami, di mana mereka boleh menghantar permasalahan kesihatan yang dialami melalui e-mail, chat di laman web, private message di page kami serta melalui aplikasi whatsapp dan kami akan memberikan khidmat nasihat bagi produk yang sesuai dengan permasalahan yang dialami.

10. Adakah Puan mempunyai kedai fizikal? Jika ya, di mana lokasi perniagaan Puan dan bilakah waktu perniagaannya.

Ya, kami mempunyai kedai fizikal di dalam Pasaraya Giant Kuala Terengganu. Boleh gunakan khidmat Google untuk mencari lokasi kedai kami dengan menaip ‘imuslimshop’. Perniagaan kami dibuka setiap hari pada pukul 9.30 pagi sehingga 10.30 malam.

11. Apakah harapan dan perancangan Puan terhadap imuslimshop.

imuslimshop

Perancangan imuslimshop untuk lima tahun akan datang, ialah kami akan menjadi kedai ‘personal store’ yang pertama menawarkan produk kesihatan dan penjagaan diri yang halal dan Islamik dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia dan luar negara.

12. Ada perkongsian atau pesanan tambahan yang ingin disampaikan?

imuslimshop merupakan perniagaan yang kami asaskan atas nilai untuk memartabatkan produk bumiputera muslim dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan patuh syariah untuk pelanggan kami. Kami telah terapkan konsep ini sejak 2008 di kedai fizikal kami dan sekarang kami cuba
mengetengahkannya di kedai online kami. Semoga dengan usaha kami yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan kami.

13. Di mana boleh mendapatkan informasi terkini mengenai imuslimshop?

foto-viral-imuslimshop-03b

Boleh dapatkan maklumat terkini mengenai imuslimshop di page Facebook kami imuslimshop.com

Terima kasih atas masa dan jasa baik Puan. Kami di Vocket mengucapkan semoga Puan dan imuslimshop terus maju jaya.

BACA: 5 Petua Bisnes Oleh Remaja Yang Berjaya Menjana RM375,000 Bagi Membayar Yuran Pengajiannya

BACA: 5 Tip Dari 5 Pakar Untuk Kejayaan Bisnes Pada 2015

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram