Pemilik-pemilik kereta mewah pasti suka dengan fasiliti yang disediakan di apartmen mewah ini. Malah, sungguh menakjubkan apabila melihat cara ia beroperasi kerana ia sangat-sangat jarang ada di kediaman persendirian atau boleh dikatakan inilah yang pertama!

Baca: Wanita Ini Berjaya Menukarkan Bilik Tidur Anda Menjadi Apartment Mikro Yang Sungguh Praktikal

Fasiliti mewah ‘in-house parking lot’ ini telah disediakan di Reignwood Hamilton Scotts, sebuah apartmen ikonik di Singapura dengan tempat letak kereta di langit. Ia direka dengan teliti bagi memenuhi perkara-perkara penting kepada pemilik kediaman dan kenderaan mewah.

“Pada asasnya cara kita mendapat ilham tempat letak kereta di langit adalah dengan membayangkan anda akan meletakkan mainan kesayangan anda… dan ia (akan) menjadi sebahagian daripada susunatur ruang tamu,” kata Sim Calvin Chen Min, pengarah projek.

Fasiliti ini hanya khas untuk pemilik-pemilik kediaman sahaja. Mereka perlu masuk ke ruangan bawah tanah dan memakirkannya di satu ruangan khas yang dibina dengan lantai plat besi. Kemudian, turun dari kenderaan dan masuk ke ruangan lounge untuk memasukkan kod atau lakukan imbasan cap jari.

Youtube

Youtube

Setelah sistem menerima kod atau imbasan cap jari, kenderaan akan digerakkan ke ruangan lif untuk mengangkat ia naik ke atas. Apabila sampai di kediaman berkenaan, pintu garaj akan dibuka dan kenderaan dimasukkan ke petak kosong. Semuanya ini berlaku secara automatik, sementara pemilik kenderaan naik ke atas melalui lif biasa.

Bangunan Hamilton Scotts yang telah dibina oleh KOP Properties ini mempunyai 56 unit apartmen dan 36 tingkat. Harga sebuah apartmen Hamilton Scotts bermula dari $7.5 juta dengan dua buah tapak garaj in-house dan harga sebuah penthouse boleh mencecah sehingga $24 juta dengan empat buah tapak garaj in-house.

Baca: Rumah Teres Setingkat TTDI Diubah Suai Seperti Banglo Mewah Dan Moden

Sekurang-kurangnya, risiko kenderaan bernilai jutaan tenggelam di tempat letak kenderaan bawah tanah yang pernah berlaku di salah sebuah apartmen mewah di Singapura tidak berlaku dengan adanya fasiliti seperti ini.

Oh, ya! Jika anda memiliki kereta mewah, anda perlu berhati-hati dengan dua orang ini. Mereka pasti buat anda takut!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group