Buat peminat siri thriller jenayah, InBetween adalah antara siri baharu menarik untuk anda tonton yang kini sedang ditayangkan di Unifi TV CH 473 menerusi saluran Blue Ant Entertainment. InBetween bakal membawa anda kisah Cassie Bedford yang dilahirkan dengan kemampuan untuk melihat visi, walau beliau mahu atau pun tidak.

Bersempena dengan siri ini, Blue Ant Entertainment dan Breakout Malaysia bekerjasama untuk satu pengalaman penyiasatan menarik untuk anda. Bilik The Greatest Murder Of Westwood akan membantu The Oracle (orang yang dalam melihat visi seperti Cassie) menyelesaikan misteri pembunuhan yang terdapat di bilik ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

100 yang terawal berjaya menyelesaikan misteri ini dalam masa yang diberikan akan memenangi hadiah misteri daripada Blue Ant Entertainment. Kolaborasi ini sudah pun berlangsung sejak 31 Mei lalu sehingga 21 Jun 2019. Jika anda berminat untuk uji kemampuan anda berfikir menyelesaikan jenayah, boleh terjah Breakout Malaysia di Avenue K sebelum 21 Jun ini.