November sudah hampir tiba! Ini bermakna sudah hampir bermulanya Noshember! Tak tahu apa itu Noshember? Esok saya akan bercerita tentang Noshember. Untuk artikel ini, kita hendak berkenalan dengan seorang brother dengan jambang yang epik dikenali sebagai Incredibeard! Kalah jambang handsome Wak Doyok!

Isaiah Webb yang menetap di San Francisco mula menjadi perhatian dunia apabila beliau membuat banyak perkara pelik dengan jambangnya. Jambang beliau kini dianggarkan sepanjang 26-inch yang beliau simpan sejak lebih 4 tahun yang lalu. Kalau Rapunzel rambutnya panjang, Isaiah adalah Rapunzel versi lelaki tetapi dengan versi janggut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semuanya bermula atas sokongan isteri beliau, Angela. Angela suka apabila Webb berjambang jadi beliau biarkan sahaja jambangnya tumbuh. Dan apabila menyimpannya untuk masa yang lama, jambang Webb mudah dibentuk menjadi pelbagai style termasuk menjadi mangkuk untuk makan ramen, pemegang cawan kertas, menjadi kuku Wolverine dan banyak lagi!

Webb bersama isterinya, Angela
Webb bersama isterinya, Angela

Kemudiannya, beliau mula nampak ruang untuk berbisnes dengan menggunakan jambang beliau. Jadi jika anda mahu membeli tonik pelebat jambang, tonik untuk merapikan jambang atau membeli sikat khas untuk jambang anda, anda boleh terus ke page Facebook Incredibeard untuk membeli.

Jadi pada isteri-isteri di luar sana, kalau husband anda mahu simpan jambang sepanjang November ini, biarkan sahaja kerana ianya untuk satu cause yang baik. Jadilah seperti Angela yang sentiasa memberi sokongan kepada Webb. Di bawah ini adalah antara gambar jambang pelik Webb. Memang power! Terus rasa nak berjambang untuk 4 tahun. Anda boleh ke page Facebook Webb di sini. Hail to the beard!

be-3

be-4

be-5

be-6

be-7

be1