Ini cerita ‘bulatan gumbira mereka’.

bulatan gumbira

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenapa perlu ada bulatan ini?

Hidup di perantauan, andai tidak berteman, tidak berkumpulan, pasti diri kadang terasa seolah ‘terbuang’. Ikatan kekeluargaan itu sangat penting. Islam sangat menganjurkan silaturahim.

Faktor ini jugalah yang membawa agama sampai kepada kita!

http://youtu.be/mCsFOe2FU98

Bulatan gembira ini ialah satu nama manja bagi usrah. Usrah pula adalah keluarga dalam bahasa Arab.

Biasanya usrah ini dibuat dalam keadaan duduk yang majoritinya akan membentuk bulatan. Sebab itu juga ada orang yang memanggil usrah ini sebagai halaqah atau liqa’, yang bermaksud bulatan, pertemuan.

Ada sesetengah orang fikir Usrah ini untuk mereka yang alim-alim, yang soleh solehah, yang sempurna, bertudung labuh dan pelbagai lagi ciri-ciri baik yang bermain di fikiran.

Sebenarnya tidak. Anda juga berpeluang mengikuti usrah, menikmati ukhwah terutama bagi mereka yang nun jauh dari keluarga. Ia terbuka untuk anda menerima sentuhan-sentuhan jiwa yang membasahkan iaitu tarbiyah: salah satu cara untuk menyentuh dan membentuk hati.

“Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging; jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa ia adalah hati.” – Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Semangat untuk berubah menjadi lebih baik itu juga akan konsisten kerana bulatan gembira ini ada nilai keprihatinan, sokongan dan semangat ukhwah untuk mengingatkan antara satu dengan lain mengenai hal-hal yang baik dan diterangkan dengan penuh kasih dan hikmah.

Selain bulatan gembira ini, pelbagai aktiviti susulan diadakan untuk memantapkan lagi pembinaan jatidiri sebagai seorang individu muslim. Akhirnya, sama-sama gembira, sama-sama tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.

Indahkan dunia ini dengan bulatan gembira!

bulatan gembira

Bak kata Puan Wardina Safiyyah:

Mari berusrahlah semua! Inilah dia bulatan gembira yang tidak boleh dijual beli, hiburan hati yang sejati! Cari bulatan gembira anda juga agar hati ini berbunga kembali. Usrah wajar dijadikan santapan mingguan untuk rohani. Berbunga dengan minda dan jiwa yang lebih dekat dengan Ilahi!

Ini bulatan gembira Puan Wardina Safiyyah:

Nota:
murabbi: orang yang membawa bulatan gembira
mutarabbi: orang yang mengikuti bulatan gembira

Sumber:
Youtube Pertandingan Video Osem APG ’11: Bulatan Gumbira Kami di bumi sonata | 우리의 행복한 가족
Blog Puan Wardina Safiyyah dan Blog Angel Wears Gucci

LIKE The Vocket di Facebook