Melalui satu laporan yang dikeluarkan oleh Indeks Keamanan Global (GPI) 2019 menyaksikan Malaysia berada di tangga ke 16 sebagai negara paling aman di dunia.

Bagi senarai Asia Tenggara pula, Malaysia berada dikedudukan ketiga negara paling aman selepas Jepun dan Singapura.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan bahawa Malaysia berada dikedudukan terbaik berbanding di tangga ke-26 pada 2018.

Tambah beliau lagi, laporan IGP ini akan berjaya menarik lebih ramai pelabur dan pelancong untuk datang ke Malaysia.

Biarpun kedudukan Malaysia dilihat baik berbanding tahun lalu, kebimbangan soal keselamatan di Sabah dan Sarawak sentiasa perlu dijadikan keutamaan.

Berkata kepada media, Mohamad Sabu menyatakan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam mempertingkatkan keselematan Sabah dan Sarawak bagi mengekang ancaman dari luar.

Untuk rekod, Sabah dan Sarawak telah dikawal oleh tiga operasi berbeza dari badan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beberapa minggu lalu, laporan kami menyatakan bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak yakin dengan masa hadapan negara. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Yakin Dengan Masa Hadapan Negara

Malaysia Tawarkan Pengecualian Visa Buat Pelancong China Dan India Bermula Tahun Hadapan

Sumber