Mula diperkenalkan sebagai sebuah aplikasi untuk menggabungkan muzik dan video beserta efek yang menarik, aplikasi ini tanpa sedar telah menjadi sasaran kanak-kanak bawah umur untuk melakukan aktiviti yang menjengkelkan dan kurang sihat.

Masalah ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah turut terjadi di negara luar seperti India yang memiliki 240 juta TikTok. Melihat kepada peningkatan gejala negatif melibatkan pornografi kanak-kanak serta menjadi sasaran pedofilia, kerajaan India telah mengambil keputusan untuk mengharamkan aplikasi ini di negara mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Tech Advisor

Pengharam aplikasi ini telahpun dibuat pada Selasa lalu dan berkuat kuasa seluruh India. Menerusi keputusan yang dibuat, Apple dan Google diminta untuk membuang aplikasi tersebut daripada laman App Store dan Google Play selepas menerima arahan daripada Kementerian Teknologi Maklumat India.

Mengulas mengenai pengasas TikTok iaitu Bytedance, sebuah syarikat dari China mengatakan unsur negatif yang terjadi pada aplikasi tersebut cuma segelintir berbanding sejumlah besar pengguna negara lain yang melakukannya untuk tujuan hiburan. Pihak Bytedance turut mengeluarkan fail permohonan yang bakal didengar di mahkamah pada 24 April ini.

Sumber