Baru-baru ini, pertubuhan perdagangan di India telah menggesa ahlinya untuk tidak membeli minyak sawit dari Malaysia.

Hal ini terjadi kerana rata-rata rakyat India tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan oleh Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). Beliau menyentuh isu yang terjadi di Jammu dan Kashmir ketika perhimpunan tersebut menyebabkan rakyat India berasa marah.

https://twitter.com/pak__fauj/status/1177798178680328192

Bagi rakyat India, hal yang terjadi itu adalah urusan negara mereka dan negara lain tidak patut masuk campur. Justeru itu, rata-rata rakyat India telah menyeru rakyatnya untuk memutuskan hubungan perdagangan dengan Malaysia.

Menurut Presiden Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA), Atul Chaturvedi berkata bahawa situasi tersebut menyebabkan hubungan antara kedua-dua negara tegang dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada industri.

tren-positif-ekspor-minyak-kelapa-sawit-bakal-berlanjut
Gambar hiasan. Sumber: Google

Oleh itu, pihak industri mengelak daripada membeli minyak sawit dari Malaysia sebagai tanda solidariti kepada negara mereka. Malah, pendirian Perdana Menteri Malaysia terhadap isu yang berlaku di India tidak dapat diterima oleh mereka.

Untuk pengetahuan anda, India merupakan pengimport terbesar minyak sayuran dunia dimana bergantung keada Malaysia dan Indonesia untuk mendapatkan bekalan minyak sawit. Malah, India telah eksport minyak sawit Malaysia bernilai $1.65 bilion (~RM6.9 juta) pada tahun lepas.

Bagi anda yang tidak tahu kenapa rakyat India ingin boikot Malaysia, anda boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

#BoycottMalaysia ‘Trending’ Kerana Rakyat India Marah Dengan Ucapan Tun Mahathir

Rakyat Malaysia Dinasihatkan Tangguh Perjalanan Ke India Dan Pakistan

Baca Beberapa Kenyataan Daripada Tun Mahathir Dalam United Nations General Assembly Ke-74

Sumber