Pendakwah Muslim India yang kontroversi, Zakir Naik adalah suspek terbaru yang diumumkan oleh pihak berkuasa India dalam siasatan mereka mengenai rusuhan di New Delhi Februari lalu, lapor media India, The India Express.

Dalam permohonan yang diajukan oleh polis Delhi pada 15 Jun, polis menuduh salah satu terdakwa dalam rusuhan itu, Khalid Saifi, telah bertemu dengan Zakir Naik di luar negeri dan meminta sokongannya untuk ‘menyebarkan agendanya.’ Zakir Naik, seorang pendakwah yang kini tinggal di Malaysia, telah menafikan bahawa dia mengenali atau pernah bertemu Saifi.

Situasi ini telah memberi gambaran baharu perdebatan politik dan agama mengenai pendakwah kontroversi ini. Pada 14 Mei, India meminta Naik diekstradisi, dia telah tinggal di Malaysia selama lebih dari tiga tahun dan mempunyai kediaman tetap di sini.

Zakir Naik menghadapi tuduhan menyebarkan kebencian di India. Dia juga dituduh dalam pengubahan wang haram. Pihak berkuasa India turut melaporkan bahawa Naik memperoleh aset haram bernilai 28 juta dolar AS untuk membeli harta tanah di India dan membiayai acara di mana dia menyampaikan ‘pidato provokatif’.

Dia telah menolak semua tuduhan itu. Dia juga berulang kali menolak tuduhan bahawa dia mempromosi keganasan agama dan menuduh media telah memanipulasi ucapannya sehingga dia dituduh pengganas.

Pakar politik di India menyatakan bahawa situasi politik yang kompleks di sekitar isu Naik – ditambah dengan ketegangan agama yang semakin meningkat di rantau itu. Sedikit sebanyak akan menyukarkan usaha India untuk membawa Naik pulang.

Malaysia belum mengulas mengenai isu ini. Tetapi penganalisis mengatakan bahawa keputusan Malaysia untuk mengekstradisi Naik bergantung kepada faktor agama dan politik.

Terdahulu, kami pernah melaporkan bagaimana perbalahan antara Muslim dan Hidup boleh tercetus di India. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bagaimana Perbalahan Antara Muslim Dan Hindu Boleh Tercetus Di India Ketika Ini?

Keluarga Di India Jalankan Ritual Tanam Anak Hidup-Hidup

Sudah Terbiasa Berlari Bersama Kerbau, ‘Usain Bolt India’ Tolak Pelawaan Sertai Skuad Kebangsaan

Sumber