Kereta klon bukanlah satu perkara yang asing di kalangan masyarakat kerana Ramai anak-anak muda mempunyai keinginan untuk memiliki kereta mewah seawal yang mungkin walaupun mereka tahu harga yang ditawarkan tidak masuk akal.

Dalam Sidang Media Operasi Khas Kenderaan Klon, di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, pagi tadi, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, YBhg. Datuk Lokman Jamaan menyatakan individu berusia 25 hingga 40 tahun paling ramai menjadi sasaran sindiket kenderaan klon diseludup dari negara Singapura.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sindiket terbabit memiliki Certificate of Entitlement (COE) yang akan tamat dalam tempoh antara tiga (3) hingga tujuh (7) hari sebelum dilupuskan.

Kenderaan klon ini kemudiannya dijual dengan harga yang murah bergantung kepada model kenderaan dan tahun kenderaan tersebut dibuat dengan harga antara SGD3,000 (RM10,050) hingga SGD5,000 (RM16,750) bagi kenderaan jenis model BMW, Lexus, Mercedes-Benz, Honda dan Toyota.

“Sindiket ini juga menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Telegram, WeChat, dan aplikasi jual-beli kenderaan secara online untuk memperdaya orang awam,” kata Datuk Lokman.

Dari tahun 2011 sehingga kini JPJ Negeri Selangor berjaya membuat tangkapan kes kenderaan klon sebanyak 329 kes. Pada tahun 2019 sebanyak 234 buah kenderaan klon dilelong kepada orang awam, manakala 46 buah kenderaan telah dilelong bagi tahun 2022 sekaligus menyumbang kutipan hasil kerajaan sebanyak RM4,693,050.

Terdahulu ada seorang pemilik Myvi berang apabila menerima saman dan mendapati keretanya telah diklon oleh sebuah Honda Civic.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.