Sebuah lukisan karya Vincent van Gogh telah dicuri dari Muzium Singer Laren yang terletak di Belanda. Menurut laporan, kejadian kecurian tersebut berlaku pada jam 3.15 pagi tanpa disedari oleh pengawal bertugas.

Lukisan The Parsonage Garden at Nuenen in Spring yang dilukis van Gogh pada tahun 1884 ini berharga sekitar £5 juta (~RM26 juta). Muzium Singer Laren ketika ini ditutup kepada orang ramai sebagai salah satu langkah kerajaan Belanda bagi mengurangkan penyebaran kes COVID-19 di negara berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pencuri dilaporkan memecahkan pintu hadapan muzium dan walaupun penggera keselamatan berbunyi, mereka berjaya melarikan diri sebelum pihak polis tiba di tempat kejadian.

Lebih menyedihkan, karya ini sebenarnya dipinjamkan oleh Groninger Museum dan berlaku pada tarikh ulang tahun kelahiran van Gogh: 30 Mac. “Saya sangat marah mengapa kejadian ini boleh berlaku. Ia satu tamparan yang hebat kepada kami. Lebih-lebih ada pihak yang mengambil kesempatan ketika ramai sedang risau tentang pandemik yang sedang melanda seluruh dunia,” kata pengarah Muzium Singer Laren, Jan Rudolph de Lorm.

Ini bukan pertama kali karya van Gogh dicuri. Pada tahun 2016, polis Itali merampas dua lukisan Van Gogh di sebuah rumah selatan Naples yang dipercayai milik pengedar dadah. Lukisan itu dilaporkan dicuri pada tahun 200 dari Muzium Van Gogh di Amsterdam. Kedua-dua lukisan berkenaan dianggarkan bernilai RM411 juta.

Ketika kerajaan Belanda mengisytiharkan lockdown, rakyat Belanda membuat pembelian panik ganja, bukannya roti mahu pun tisu tandas. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kerajaan Belanda Buat ‘U-turn’, Arah Kedai Ganja Dibuka Semula Untuk Orang Ramai

Rakyat Belanda Panik, Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar ‘Lockdown’

Sumber