Pastinya para penggemar mee segera Indomie akan teruja dengan berita ini. Indomie kini tampil dengan Indomie edisi terhad perisa carbonara.

Berita ini telah diumumkan secara rasmi oleh pasaraya Ben’s Independent Grocer (BIG) pada 1 April 2019. Menariknya, ia tampil dengan rasa carbonara dan diletakkan telur rebus, keju dan daging.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harga bagi mee segera Indomie ini adalah RM28 sahaja dan ia hanya tersedia di cawangan BIG sahaja iaitu di Suria KLCC, The Gardens Mall, Bangsar Shopping Centre, Publika, dan The LINC. Jadi, apa tunggu lagi?