Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pertembungan budaya Indonesia dan Malaysia telah menjadikan hubungan dua negara ada turun naiknya. Di Indonesia sudah ada beberapa gerakan ‘ganyang Malaysia’ yang bertujuan untuk meminta Malaysia agar berhenti mencuri ‘budaya Indonesia’.

Sama ada dari nasi lemak atau amalan kebudayaan yang lain. Indonesia dilihat dari kaca mata Malaysia sebagai negara yang suka claim bahawa sesuatu budaya atau perkara itu asalnya dari Indonesia.

Terbaharu, claim daripada media Indonesia yang mendakwa bahawa Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya berasal dari Indonesia.

Screenshot 2020-03-03 at 8.29.28 AM

Tribun News

Berita ini hadir selepas sehari Muhyiddin naik menjadi Perdana Menteri. Indonesia mengikuti rapat perkembangan politik di Malaysia sejak berlakunya peralihan kuasa yang menyaksikan Tun Dr Mahathir diturunkan daripada posisinya dan digantikan dengan Muhyiddin.

Sindonews, Fajar dan Tribun News telah melaporkan baru-baru ini bahawa Muhyiddin sebenarnya pemimpin yang berasal dari Indonesia kerana di sebelah bapanya adalah keturunan Bugis, sementara ibunya pula berasal dari keturunan jawa. Jadi secara teknikalnya, ini menjadikan Muhyiddin sebenarnya berasal dari Indonesia, lapor kedua-dua media ini.

Screenshot 2020-03-03 at 8.29.42 AM

Sindonews

Untuk rekod, Muhyiddin baharu sahaja naik menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas YDPA berkenan untuk melantik beliau selepas berlaku perebutan kuasa. Krisis yang melanda Malaysia menyaksikan perubahan besar dalam tampuk kepimpinan negara.

Apa yang jelas, ia tidak memerlukan masa yang lama untuk Indonesia membuat tuntutan awal bahawa Muhyiddin adalah hak mereka.

Berikut adalah tuntutan lain dari Indonesia, klik pautan di bawah untuk membaca.

Peminat Indonesia ‘Claim’ Pakaian Kebangsaan Miss Grand Malaysia 2019

Peminat Indonesia ‘Claim’ Pakaian Kebangsaan Peserta Malaysia Di Mister Global 2019

 

Anda Mungkin Suka