Pada awal bulan Februari lalu, Indonesia telah menerima pelan pelaburan untuk membangunkan bekalan bateri EV di negara tersebut dari syarikat kereta elektrik terkemuka dunia, Tesla.

Terbaharu, menteri pelaburan Indonesia telah mengesahkan syarikat Indonesia Battery Corp. (IBC) dan sebuah konsortium yang diketuai oleh LG Group (LG) akan membangunkan kilang bateri kenderaan elektrik bernilai USD1.2 billion (RM4.9 bilion) tidak lama lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-indonesia-lg-buka-industri-bateri-kereta-elektrik-2
Sumber Gambar: The Jakarta Post

Memetik laporan Nikkei Asia, fasiliti tersebut akan dibina di kawasan industri Kota Deltamas di Bekasi, Provinsi Jawa Barat. Lokasi tersebut berhampiran dengan sebuah lagi syarikat dari Korea Selatan, Hyundai Motor yang hampir siap kilang pembuatan pertamanya di Indonesia.

Menurut Badan Penyelaras Pelaburan Indonesia (BKPM), kemudahan IBC-LG dijangka mempunyai kapasiti pengeluaran 10 GWH – satu gigawatt. Bateri yang dihasilkan akan digunakan pada kenderaan elektrik keluaran Hyundai.

vocket-indonesia-lg-buka-industri-bateri-kereta-elektrik-1
Sumber Gambar: Electric-Vehicle News

Indonesia merupakan pengeluar nikel terbesar di dunia ingin memanfaatkan simpanan komponen bateri kenderaan elektrik yang mereka ada untuk membina industri domestik bateri EV.

Difahamkan Indonesia mahu pengeluaran negara mencapai kapasiti bateri 140 gigawatt-jam menjelang tahun 2030 dan mensasarkan ekonomi terbesar di Asia Tenggara. Pada masa yang sama, Indonesia turut mahu mengembangkan industri domestik dan memasarkan kenderaan elektrik terutamanya motosikal.

Sebelum ini Tesla telah menghantar pelan pelaburan untuk membangunkan bekalan bateri EV di negara Indonesia.

Tesla Mahu Bangunkan ‘Power Bank’ 100MW Gergasi Di Indonesia

Polis Indonesia Pilih Tesla Model 3 Dan Hyundai Kona Electric Jadi Kenderaan Rasmi

Sumber