Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sejak awal tahun 2021 lagi berita Tesla mahu membuat pelaburan di Indonesia telah menarik perhatian ramai. Nampaknya selepas dua tahun berunding, Indonesi dan Tesla dilaporkan sedang berada ‘fasa akhir’ untuk memuktamadkan rundingan mereka, lapor Bloomberg.

Artikel Berkaitan:

Rundingan itu bukan sahaja terhad buat pelopor pembuat kereta elektrik dunia tersebut (Tesla), bahkan turut diikuti oleh pengeluar kereta dari Korea Selatan (Hyundai) dan BYD Group dari China.

“Semua pengeluar kereta elektrik global terkemuka datang kepada kami. BYD Group, nombor satu di dunia, Tesla, nombor dua, Hyundai dan sebagainya,” kata Luhut Panjaitan, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, dalam pertemuan dengan pemimpin kerajaan tempatan pada Selasa baru-baru ini.

Sumber Gambar: Facebook Luhut Binsar Pandjaitan

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah menetapkan visi untuk membina rantaian bekalan kenderaan elektrik menyeluruh di negera itu dengan menawarkan pelabur berpotensi akses kepada rizab logam bateri utama Indonesia serta lebih 270 juta penggunanya. Ini kerana Jokowi enggan Indonesia dikenali sebagai negara pengeluar bateri sahaja, beliau turut mahu pengeluar kereta elektrik dunia datang ke negara itu dan melabur membuka kilang pengeluaran kereta elektrik.

Pelan itu mula terbentuk apabila pengeluar EV dan bateri global merancang pelaburan berbilion-bilion dolar, daripada kompleks ‘perlombongan bateri’ Contemporary Amperex Technology Co. Ltd. bernilai $6 bilion kepada kilang EV baharu milik Hyundai.

Dalam pembentangan Selasa lalu, Luhut Panjaitan menjangkakan pelaburan $30 bilion menjelang 2026 untuk membangunkan ekosistem bateri EV di Indonesia.

Kerajaan negara Republik itu turut merancang untuk memberi sebanyak 80 juta rupiah (~$5,271) subsidi untuk setiap pembelian EV untuk meningkatkan penggunaan ‘kenderaan bebas petrol’, walaupun butirannya masih dalam perbincangan lagi.

‘Indonesia Tunjuk Sikap Positif Dan Optimistik’ – Elon Musk Teruja, Mahu Kerjasama Lebih Besar

Nyata Luhut Panjaitan lagi, Indonesia akan menjadi Top 3 pengeluar bateri terbesar di dunia pada 2027. Ini adalah perjanjian kerja sama antara BUMN MIND ID dengan pengeluar bateri kenderaan elektrik asal China Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) termeterai pada Isnin lalu.

“Maka kita sudah siap memasuki satu era baharu, membangunkan ekosistem bateri lithium dan juga kenderaan EV dan ini jika semuanya berjalan mengikut perancangan, kita (Indonesia) juga boleh hasilkan bateri litium pertama pada tahun 2025,” ujar Luhut Panjaitan, lapor CNN Indonesia.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.