Umum mengetahui bahawa pelakon Ashraf Sinclair telah meninggal dunia sekitar 2 minggu yang lalu. Pastinya perkhabaran ini membuatkan ramai orang bersedih tetapi tidak setanding rasa sedih dan kehilangan keluarga arwah.

Terbaharu, Bunga Citra Lestari muncul dalam satu program Result & Reunion Show Indonesian Idol X di Studio RCTI sebagai juri menunjukkan diri beliau yang bangkit dan kelihatan kuat selepas kehilangan insan tersayang.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Akan tetapi, tangisan dan kesedihan beliau tidak dapat disembunyikan saat mendengar lagu ‘Tak Mungkin Bersama’ yang didendangkan oleh Judika. Malah, video tangisan Bunga Citra Lestari dalam rancangan tersebut tular di media sosial.

Berikutan itu, rata-rata netizen merasakan penganjur menggunakan kesedihan Bunga Citra Lestari untuk meraih ‘rating’ yang tinggi tanpa memikirkan keadaan Bunga Citra Lestari. Malah, netizen turut kecam rancangan tersebut kerana tidak mempunyai rasa simpati terhadap beliau.

Walaupun Bunga Citra Lestari cuba untuk tampil ‘kuat’ membuat kemunculan di khalayak ramai tetapi beliau sebenarnya masih lagi bersedih kerana kehilangan orang tersayang. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini?

Kita dikejutkan dengan berita beberapa selebriti dan tokoh terkenal yang meninggal dunia pada bulan Februari. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pelakon Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia

Pengasas Kicap Jalen Meninggal Dunia

Anda Mungkin Suka