Indonesia kini menjadi negara yang ke 5 menyekat penggunaan Telegram setelah saluran media sosial itu dipercayai menjadi sarang komunikasi puak pengganas dan radikalisme. Menurut Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, tidakan terbabit diambil setelah mendapati aplikasi tersebut mengundang banyak unsur negatif seperti propaganda, radikalisme, terorisme, fahaman kebencian, cara menghasilkan bom, cara me­lakukan penyerangan, gambar tidak senonoh dan lain-lain yang bertentangan dengan peraturan perundangan di Indonesia.

Kepada anda yang menggunakan Telegram sebagai aplikasi permesejan utama dinasihati supaya mencari alternatif lain jika berada di negara berkenaan. Di bawah ini adalah senarai 5 negara yang menyekat penggunaan Telegeram setakat ini.

1. China
Pada 13 Julai 2015, China menjadi negara pertama yang menyekat penggunaan Telegram di negara mereka dengan alasan untuk menghindari ancaman siber.

2. Iran
Iran mengambil keputusan untuk menyekat fungsi panggilan telefon di Telegram berkuat kuasa sejak 17 April lepas. Secara umumnya fungsi mesej di Telegram masih boleh digunakan, kecuali telefon.

3. Arab Saudi
Tahun lepas Arab Saudi menjadi negara ke-dua yang menyekat penggunaan Telegram di negara mereka atas faktor keselamatan. Namun ianya masih boleh diakses menggunakan VPN (virtual private network).

4. Rusia
Bulan lepas, Rusia mengumkan sekatan terhadap penggunaan aplikasi Telegram kerana bimbang ia akan menjadi jaringan komunikasi puak pengganas.

5. Indonesia
Seperti yang dinyatakan di atas, Indonesia menyekat penggunaan aplikasi Telegram setalah ianya dipercayai menjadi sarang komunikasi puak pengganas.