Hampir 1,000 ekor babi di Bali ditemui mati akibat penyakit misteri dengan jumlah korban meningkat hampir 50,000 di Sumatera Utara sejak beberapa bulan lalu , kata pihak berkuasa tempatan.

Menurut agensi Pertanian dan Makanan Keselamatan Bali, sekurang-kurangnya 888 babi mati akibat penyakit itu dalam tempoh dua bulan terakhir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Dari pemerhatian kakitangan lapangan kami, gejala serupa dengan penyakit babi, seperti babi kolera, salmonella, dan ASF (African Swine Fever). Mereka sama tetapi kita perlu mengesahkannya dengan keputusan makmal,”kata Gede Nata Kesuma,  ketua Jabatan Kesihatan Haiwan dan Kesihatan kepada CNN Indonesia.

Penyakit misteri ini telah melanda tujuh tempat antaranya Badung, Tabanan, Denpasar, Gianyar, Denpasar, Karangasem dan Bangli. Badung mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 598 babi mati, diikuti Tabanan dengan 219, Denpasar 45, Gianyar 24, manakala Bangli dan Karangasem, mencatatkan satu kematian.

Pihak berkuasa tempatan telah menghantar sampel darah babi yang mati ke Pusat Penyelidikan Veterinar Medan di Sumatera Barat bagi mencari punca kepada kematian ini.

I Wayan Masa Tenaya, ketua Pusat Penyelidikan Veterinari Denpasar berkata bahawa dia masih belum menerima keputusan ujian dari Medan dan tidak dapat mengesahkan sama ada babi itu telah dilanda apa-apa penyakit.

“Makmal di Medan mempunyai lebih banyak peralatan dan mereka mempunyai lebih banyak pengalaman mengenal pasti penyakit babi,” kata Masa Tenaya.

Beberapa media tempatan melaporkan babi ini mati selepas menunjukkan gejala yang sama, termasuk demam, muntah dan cirit-birit.

Negara China turut menghadapi isu sama apabila ayam di sana telah disahkan dengan penyakit H5N1. Klik pautan di bawah untuk membaca.

China Bergelut, Lapor Dilanda Wabak Terbaharu Selsema Burung H5N1