Selepas beberapa tahun mencuba untuk mencabut tayar yang tersangkut di leher seekor buaya, pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini menawarkan ganjaran kepada orang awam yang boleh membantu mereka menyelesaikan perkara itu.

Walaupun sudah beberapa kali mencuba sebelum ini, namun pihak mereka tetap gagal membantu buaya tersebut melepaskan diri dari tayar motosikal yang tercekik antara bahagian badan dan kepalanya.

daily mail
FOTO: DAILY MAIL

Perkara itu bertambah teruk selepas rakaman video baru-baru ini menunjukkan buaya yang sebesar empat kaki itu menghadapi masalah untuk bernafas dengan normal.

Tidak mahu perkara tersebut berlanjutan, pihak pemerintah akhirnya timbul dengan idea untuk meminta pertolongan orang ramai yang mempunyai cara untuk membantu mereka.

Bagaimanapun, ketua Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah yang menguruskan perkara tersebut berkata tawaran itu bukanlah untuk orang awam mencuba nasib tetapi lebih kepada meminta pertolongan mereka yang mempunyai latar belakang dan kepakaran dalam misi menyelamatkan hidupan liar.

Berkongsi kepada Bangkok Post, dia yang mengeluarkan sendiri duit poketnya untuk ganjaran tersebut turut menasihati orang awam agar tidak mendekati buaya itu demi keselamatan mereka.

Pihak agensi bagaimanapun tidak memberitahu berapakah jumlah ganjaran yang akan diberikan sekiranya ada yang berani tampil ke hadapan dan menyelamatkan buaya tersebut.

Mungkin ada yang berfikiran ini adalah tugas yang tidak sukar untuk dilakukan, namun harus diingat bahawa buaya ini berukuran sehingga empat meter dan pihak berkuasa Indonesia sudah mencuba beberapa kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tahukah anda, rakyat Indonesia juga menjadikan kelawar sebagai salah satu hidangan unik mereka. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kelawar Masak Lemak Merupakan Menu ‘Special’ Di Perkampungan Indonesia Ini

Hanya Di Indonesia, Aiskrim Berperisa Paracetamol Tarik Perhatian Netizen

Inilah Sikap ‘Jijik’ Segelintir Rakyat Malaysia Apabila Berdepan Bangkai Haiwan Eksotik

Sumber