Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang pesakit berbangsa asing adalah orang pertama yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Indonesia. Perkara ini dilaporkan oleh seorang pegawai Kementerian Kesihatan semalam sambil menambah bahawa tidak jelas apakah punca kematiannya.

“Sekitar 2 pagi, pesakit dengan identiti Case 25 meninggal dunia,” kata Achmad Yurianto seperti yang dipetik oleh CNA.

Yurianto, jurucakap kerajaan Indonesia untuk COVID-19, berkata kepada media bahawa pesakit sudah kritikal ketika dia ditahan selepas diuji positif coronavirus. Dia dilaporkan menderita diabetes, hipertensi, hipertiroidisme dan penyakit pulmonari obstruktif kronik.

“Kami tidak (dimaklumkan) bahawa kematiannya disebabkan oleh COVID. Selalu ada komplikasi,” kata Yurianto.

Jurucakap dari Pejabat Luar dan Komanwel United Kingdom mengesahkan bahawa pesakit itu adalah warganegara Inggeris. Encik John Nickell memberitahu CNA bahawa mereka akan membantu keluarga si mati dan dalam masa yang sama membantu pihak berkuasa tempatan dalam mengawal penyebaran wabak ini.

“Simpati kami bersama keluarga si mati pada masa yang sukar ini,” katanya, sambil menambah bahawa kejadian ini berlaku di Bali.

Sejak pengesanan dua kes pertama COVID-19 minggu lepas, Indonesia telah mencatatkan 27 kes sejak semalam.

Encik Yurianto berkata pihak berkuasa menghadapi cabaran dalam mengesan mereka yang berhubungan dengan pesakit COVID-19. Kebanyakkan pesakit dilaporkan mengalami kesulitan untuk mengingati di mana mereka pergi dan siapa yang mereka jumpa selama 14 hari terakhir.

Berikut adalah cerita lain mengenai COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Saintis Cari ‘Volunteer’, Upah RM19,000 Jika Sanggup Dijangkiti Coronavirus

Saintis Jangka Gelombang Kedua Coronavirus 10 Kali Ganda Lebih Kuat Di Luar China

Anda Mungkin Suka