Seorang pengguna Twitter dengan nama Tan Sri Dato Dr Hj Mujeebudeen mendakwa bahawa Indonesia telah menolak usaha Malaysia untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.

Dakwaan ini telah diciap di laman Twitter beliau sambil mendakwa bahawa Indonesia menolak Bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua ASEAN kerana jumlah penutur bahasa Indonesia jauh lebih besar dari Bahasa Melayu kerana penduduk di Indonesia mencapai 279 juta manakala populasi orang Melayu di sana hanyar 5.5 juta sahaja.

Ciapan Mujeebuden mula mendapat perhatian netizen dengan sebahagian daripada netizen menyelar tindakan Indonesia dan sebahagiannya lagi mengeluarkan kenyataan berbaur negatif.

Melalui pemerhatian The Vocket, ciapan yang dibuat oleh Mujeebuden itu merujuk kepada salah satu laporan berita media Indonesia iaitu Detik di bawah tajuk “5 Perbedaan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia, dari Penutur hingga Status.

Laporan tersebut melaporkan usaha Malaysia untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN dan pihak media Detik turut menemuramah Ketua Agensi Pembangunan dan Pembangunan Bahasa Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Prof. Endang Aminudin Aziz.

Aminudin dalam kenyataannya menyatakan bahawa beliau mengakui kewujudan Bahasa Melayu di Indonesia, tetapi ia hanyalah sebagai bahasa daerah dan bukannya bahasa kebangsaan. Dalam kenyataan tersebut, tidak pula disebut bahawa Indonesia menolak usaha Malaysia menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di ASEAN.

Laporan itu pula sebenarnya lebih mengarahkan kepada perbezaan di antara Bahasa Melayu – bahasa Indonesia dan bukanlah bersikap menolak cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri.

Terdapat lima perkara penting yang dikemukan oleh Aminuddin mengenai perbezaan Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Pertama, Aminuddin menyatakan bahawa bahasa Indonesia bukan Bahasa Melayu. Kedua, Bahasa Melayu statusnya di Indonesia sekadar bahasa daerah. Ketiga, kedua bahasa ini berkembang dengan cara yang berbeza. Empat, jumlah penutur bahasa Indonesia lebih ramai daripada Bahasa Melayu. Terakhir, tingkat keterpahaman atau mutual intelligibility bahasa Indonesia menurut Aminudin juga lebih luas daripada bahasa Melayu.

Dalam laporan Detik yang lain pula dibawah tajuk “Bahasa Melayu Diusul Jadi Bahasa ASEAN, Bagaimana Potensi Bahasa Indonesia?“, Aminuddin menyatakan bahawa bahasa Indonesia juga mempunyai potensi untuk menjadi bahasa kedua di ASEAN kerana penggunaan bahasa Indonesia-Melayu sudah disepakati di sidang parlemen ASEAN.

Pelajar asing bakal diwajibkan pelajari Bahasa Melayu jika mahu belajar di Malaysia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pelajar Asing Bakal Diwajibkan Pelajari Bahasa Melayu Jika Mahu Belajar Di Malaysia

Ilmuwan Singapura Jangka Bahasa Melayu Akan Diajar Dalam Bahasa Inggeris Pada Masa Hadapan

Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Pentas PBB, Tindakan Tuan Ibrahim Ini Buat Netizen Bangga